berita

‘Saya Pasti Awak Tidak Sunyi Lagi Selepas Ini’ – Ini Mesej Terakhir TaeYeon Buat JongHyun

December 20th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Semalam kecoh berita kematian penyanyi K-Pop JongHyun yang telah bunuh diri akibat dari tekanan. Kisah ini mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia sehingga menjadi trending di Twitter. Ramai yang melahirkan rasa sedih atas kehilangan yang mengejut itu.

Semua sedia maklum, Taeyeon merupakan antara kawan yang rapat dengannya. Luaahannya di laman Instagram buat ramai yang sedih. Sedihnya..

Saya minta maaf

https://www.instagram.com/p/Bc5G4qOBR6j/?taken-by=taeyeon_ss

Itulah awak dan tiada siapa yang akan berhenti menyayangi awak kerana awak tahu siapa awak. Saya sayang awak. Saya sangat sangat sayang awak. Saya teringin memeluk awak dari belakang buat kali yang terakhir. Saya menyesal kerana tidak berbuat begitu sebelum ini padahal saya ada banyak peluang bersama awak. Jonghyun yang saya sayang, maafkan saya. Jikalah saya menghubungi awak waktu sekarang, saya pasti dapat mendengar ‘eung’ dengan kuat sekali. Saya sangat rindukan awak.

Saya betul betul minta maaf kerana tidak dapat membuatkan awak bahagia. Saya minta maaf dan sangat sayang awak..Terima Kasih. Saya masih ingat waktu kita menulis lagu ‘Lonely’ bersama. Kita sama sama memahami perasaan itu yang berada di fikiran kita berdua. Awak sangat unik, hebat dan istimewa. Kim Jonghyu, saya sangat rindukan awak dan teringin memegang tangan awak waktu sekarang. Awak terbaik. Awak telah melakukannya dengan baik dan saya pasti awak tidak lagi sunyi selepas ini.

-Taeyeon

Merupakan kawan baik sejak dulu

Taeyeon dan Jonghyun memang merupakan antara kawan yang rapat kerana mereka pernah menghasilkan muzik bersama-sama. Taeyeon telah menulis lagu Jonghyun yang dipanggil “Lonely”, dan telah disusun untuk album terbarunya “Story Op.2”. Lagu ini dikeluarkan pada 24 April tahun ini.

Peminat di Instagram Taeyeon berkongsi ucapan takziah dan kesedihan mengenai kehilangan Jonghyun. Mereka mendoakan agar Taeyeon tabah dengan kehilangan kawan baiknya.

Semoga kuat

Sumber : TaeYeon

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×