berita

‘Saya Rasa Tak Sedap Hati & …’ – Isteri Korban Gua Tham Luang Akur Pemergian Suami

July 9th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Operasi menyelamatkan 13 mangsa yang terperangkap dalam Gua Tham Luang, Chiang Rai masih diteruskan lagi oleh penyelamat Thai Navy SEAL dan kumpulan penyelamat antarabangsa. Setelah beberapa minggu operasi tersebut dijalankan, terdapat seorang penyelamat yang terkorban iaitu Saman Gunan, penyelam tentera laut Thailand yang kehabisan oksigen setelah menghantar tong oksigen kepada penyelamat yang lain.

Isterinya, Waleeporn Gunan menceritakan saat-saat terakhir perbualan dia bersama suami dan kini redha akan pemergian suaminya itu.

‘Dia telah banggakan keluarga’

https://www.instagram.com/p/Bk5XD9jBbB6/?taken-by=up2youha

Walaupun saat-saat terakhir ketika suami tidak lagi bernafas, dia telah membuat keluarga bangga dengan komitmen dan tanggungjawabnya. Sebelum dia nak pergi menjalankan misi hari itu, dia belum cukup rehat. Malah, dia tetap nak menjadi salah seorang yang membantu misi ini dan menyelamatkan mangsa.

Saya juga memesan kepadanya, jika mahu terlibat menyelamatkan mangsa itu dia kena menjaga diri sendiri juga. Saya juga melarang dia untuk tidak menyelam. Saya rasa tidak sedap hati dan tak tahu nak terangkan macam mana lagi.

Saya nak beritahu dia yang saya amat sayangkan dia dan boleh diakui tiada lelaki macam dia dalam dunia ini. Saya akan tetap sayangkan dia, sayang saya kepadanya tidak akan berubah.

Hero yang sebenar

Saman Gunan merupakan salah seorang penyelam tentera laut Thailand dan telah terkorban dalam misi ini pada Khamis, 5 Julai lalu. Dia bertanggungjawab untuk menghantar tong oksigen kepada penyelamat yang lain di dalam gua, ketika perjalanan pulang untuk keluar dari gua tersebut dia kehabisan oksigen dan didapati meninggal di tempat kejadiaan.

Sumber: up2youha

SKIP THIS AD ×