berita

Saya Serahkan Kepada Shahrizal Jaszle – Tunang

June 19th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

tunang shahz jaszle

Baru-baru ini industri hiburan tempatan digemparkan dengan berita pelakon terkenal, Shahrizal Jaszle ditangkap khalwat bersama seorang wanita yang bukan tunangnya.

Bagaimanapun cerita itu senyap seketika apabila Shahrizal enggan memberi penjelasan yang sahih kepada media. Namun begitu, keadaan menjadi panas semula apabila wanita yang dicekup bersamanya itu mengakui mereka adalah pasangan kekasih.

Di dalam satu temu bual bersama Melodi minggu lepas, wanita itu turut mendedahkan beberapa kiriman BBM antara dia dan Shahrizal berkenaan kes khalwat mereka.

Dalam perkembangan lain, Shahrizal menafikan sekerasnya bahawa mereka mempunyai hubungan mesra malah mendakwa wanita itu sengaja mahu memutuskan pertunangannya dengan Redzwani Puteri.

Terbaru, portal mStar Online melaporkan yang tunang kepada Shahrizal menyerahkan segala-galanya kepada pelakon itu untuk menyelesaikan kemelut ini.

Berkenaan isu tersebut saya serahkan kepada Shahrizal untuk selesaikan.

OHBULAN! difahamkan yang Shahrizal akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi menjernihkan keadaan. Harapnya segala persoalan dan kebenaran terjawab juga satu hari nanti.

SKIP THIS AD ×