berita

Saya Sudah Ada Pengganti Achik – Siti Nordiana

May 29th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Siti Nordiana-1

Anda masih ingat lagi dengan Achik (Spin)? Penyanyi ini pernah popular bersama Siti Nordiana atau Nana pada satu ketika dahulu dengan lagu-lagu mereka seperti “Memori Berkasih” dan “Mainan Cinta”.

Namun, insiden kemalangan jiwa yang melibatkan Achik pada tahun 2010 telah mengejutkan para peminat dan juga industri hiburan tempatan. Achik dan rakannya mengalami kemalangan kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dan insiden tersebut menyebabkan Achik meninggal dunia di tempat kejadian.

Hari ini, melalui laporan Media Hiburan, Siti Nordiana memberitahu bahawa dia sudah menjumpai pengganti arwah Achik iaitu Alan.

“Memang sekarang saya sudah ada pengganti Achik, tetapi bukanlah secara kekal. Jika anda mendengar suaranya, saling tak ubah seperti suara Achik, tambahan dia adalah peminat kami berdua.”

Siti Nordiana turut menjelaskan bahawa mereka pertama kali bertemu ketika dia penyanyi ini membuat persembahan di sebuah pusat beli-belah.

“Alan dan saya berjumpa ketika saya membuat persembahan di sebuah pusat beli-belah di Sungai Buloh Selangor. Hari itu saya menyanyikan lagu Memori Berkasih dan saya jemput mereka yang hadir ke pentas menyanyikan lagu itu bersama saya. Alan naik dan kami terus berduet dan semua yang mendengar suaranya terpegun.”

Wah, sampai begitu sekali. Kalau macam tu, OHBULAN! pun nak cuba juga dengar suara pengganti arwah Achik ini.

SKIP THIS AD ×