berita

‘Saya Sudah Maafkan Semua Yang Pernah Menghina Saya’ – Izreen Azminda

May 17th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Ini merupakan tahun pertama pelakon Izreen Azminda menyambut bulan Ramadhan bersama suami tersayang, Ude Wahid. Menerusi laman Instagram miliknya, Izreen telah melahirkan rasa syukur atas segalanya yang telah berlaku sepanjang awal tahun ini.

Segala kata-kata negatif dan tomahan yang diterimanya dengan redha. Malah, dia sudah memaafkan setiap kecaman dari netizen. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Ucapan Ramadhan Izreen

Selamat menjalani ibadah puasa buat awak semua… Dikesempatan ini.. Saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan diatas kesilapan dan kekilafan.. saya juga seorang manusia yg tidak mungkin terlepas dari melakukan kesilapan..Saya juga sudah memaafkan mereka mereka yg menghina.. Caci maki..menfitnah dan sebagainya.. Sesungguhnya Allah adalah sebaik baik perancang dan Dia lebih mengetahui pada setiap keadaan dan perilaku hamba-Nya..Bersihkan hati kita dari sifat hasad dengki..iri hati..benci..dendam.. Amarah dan buruk sangka terhadap orang lain..

Terima kasih atas segalanya

Apabila kita sentiasa mendoakan kebaikkan terhadap org lain.. Maka kebaikkan juga yang akan datang kepada kita.. Apabila kita mendoakan perkara yg buruk terhadap orang lain.. Jika perkara yang disangkakan itu tidak benar.. Takut benda buruk yang kita doakan itu berpatah semula pada diri kita.. Bersangka baik dan doa yg baik-baik itu adalah sebaiknya.. Dan tidak lupa ribuan terima kasih buat mereka mereka yang masih mendoakan perkara yang baik-baik dan sentiasa positif terhadap diri saya.. Tak terbalas DM awak awak semua.. Terima kasih sangat-sangat… Dan semoga ibadah kita dibulan yang mulia ini diberkati oleh-Nya..amin… Buang dosa tambah pahala.. Selamat Berpuasa..

Sumber: Izreen Azminda

The following two tabs change content below.

Most Read Today