berita

Saya Sudah Minta Kebenaran Isteri – Awie

January 24th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

SIDANG MEDIA KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA AWIE – ERRA – ZIANA-74

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi rock berbadan sasa ini? Selain berbakat besar dalam bidang nyanyian, namanya juga cukup sinonim dengan watak-watak hero yang menjadi igauan gadis era 90an. Filem Sembilu, Maria Mariana, Merah dan lain-lain lagi merupakan signifikan dalam kariernya.

Dalam perkembangan terbaru, Awie bersama Erra Fazira dan Ziana Zain bakal bergabung bagi menjayakan Konsert Teaterikal ‘Suara Kita’ yang dijangka akan mengembalikan nostalgia era tersebut.

Namun, idea untuk bergandingan semula bersama Erra Fazira telah mengundang pelbagai pertanyaan. Adakah Awie dan Erra mampu kembali bersama sebagai pasangan kekasih di layar perak? Bagaimana pula dengan perasaan pasangan masing-masing?

SIDANG MEDIA KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA AWIE – ERRA – ZIANA-46

Awie dan Erra bakal digandingkan dalam Konsert Teaterikal ‘Suara Kita’

Ketika ditemubual di sidang media konsert tersebut, Awie memberitahu bahawa dia sudah meminta kebenaran daripada isterinya, Rozana Misbun untuk bergandingan bersama bekas kekasihnya itu.

“Awal-awal lagi saya sudah berbincang dengan isteri mengenai perkara ini. Malah daripada mula idea ini tercetus saya sudah beritahu dia. Dia memang meminati Erra dan Ziana. Jadi, tiada masalah untuk saya bergandingan dengan mereka. Kami semua profesional.”

Sedia maklum akan timbul isu mengenai kisah silamnya dengan Erra, Awie mengatakan bahawa masing-masing kini sudah memiliki keluarga dan tujuannya mengadakan konsert tersebut adalah semata-mata untuk terus berkarya dalam industri di samping mengembalikan saat kegemilangan filem era 90an.

SIDANG MEDIA KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA AWIE – ERRA – ZIANA-54Konsert Teaterikal ‘Suara Kita’ bakal menemui penonton pada 3 Mac depan

“Dalam kerjaya kena berlaku adil dan ada sikap keterbukaan untuk menerima dan memberi. Kalau kita boleh memberi satu persembahan seperti ini, kita perlu menerima apa yang mereka ingin katakan. Dan saya menerima apa sahaja kritikan yang baik mahupun yang buruk.”

Konsert Teaterikal ‘Suara Kita’  bakal menampilkan kelainan dengan menggabungkan nostalgia daripada 5 buah filem box office iaitu Sembilu, Sembilu 2, Maria Mariana, Merah dan Tragedi Oktober’ dalam satu jalan cerita.

Kolaborasi 3 orang bintang ini akan dipentaskan selama 7 hari bermula pada 3 Mac hingga 9 Mac depan di pentas Panggung Sari, Istana Budaya dan tiket boleh didapati di www.ticket2u.biz.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×