berita

‘Saya Tak Boleh Terima Anak Saya…’ – Ibu Adam Rayqal

July 19th, 2018 | by faris
Kini Trending

Kematian bayi Adam Rayqal menggemparkan satu negara apabila mayatnya ditemui dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya, pada 3 Julai lalu. Muslihat pengasuhnya yang mendakwa kononnya Adam Rayqal diculik akhirnya terbongkar setelah polis menggeledah rumahnya itu.

Ibu kepada Adam Rayqal, Farah Madihah Othman ketika ditemui Wanita UMNO semalam tidak dapat menyembunyikan rasa sayu apabila anak yang baru mencecah 5 bulan akhirnya pergi disebabkan syaitan bertopengkan manusia.

Dihubungi dengan nada yakin Adam diambil seorang lelaki

Farah Madihah berkata, dia sejujurnya tidak boleh menerima anaknya diperlakukan seperti yang berlaku kerana dia sendiri yang bertugas sebagai jururawat wad kanak-kanak tidak membuat perbuatan sama.

Saya tak boleh terima anak saya dilakukan sedemikian, kerana saya tak buat anak orang begitu.

Dia (pengasuh) hubungi saya dengan nada yakin mengatakan anak saya diambil seorang lelaki, saya ingatkan betul-betul anak saya dilarikan, tak terfikir langsung pengasuh akan buat Adam begitu.

Tapi bila tahu anak saya ditemui di tempat tidak sepatutnya, saya tak boleh terima dan saya tak dapat bayangkan keadaan anak saya ketika itu.

Kebajikan ibu bapa kerja shif perlu dijaga

Tambah ibu berusia 28 tahun ini lagi, sebagai staf yang memberi khidmat terbaik untuk pesakit, mereka juga memerlukan kebajikan sendiri terjaga. Ini termasuklah dari segi tempat asuhan bagi ibu bapa bekerja shif.

Sebagai kakitangan pusat perubatan, kita menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pesakit jadi tak salah sekiranya kebajikan kami juga turut dijaga.

Susah nak jumpa pusat asuhan menyediakan perkhidmatan menjaga mengambil anak-anak yang ibu bapanya bekerja shif, jika ada pasti kosnya tinggi dan bila ada kemudahan itu ia sangat membantu.

Menurut Farah lagi, pada mulanya dia ragu-ragu dengan bekas pengasuhnya anaknya itu namun diyakinkan dengan kenyataan pengasuh itu turut menjaga anak orang kelainan upaya (OKU).

Memang susah nak meletakkan keyakinan kepada pengasuh tapi bila dia beri keyakinan dan menjaga pula seorang anak OKU sedikit sebanyak saya membuat pertimbangan menghantar anak saya ke pengasuh itu.

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×