berita

‘Saya Tak Pernah Suruh Mereka Rapat’ – Pengarah Akhirnya Jawab Dakwaan Afifah Nasir ‘Dipaksa’

August 10th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Sebelum ini pelakon Afifah Nasir ada mengeluarkan kenyataan bahawa tindakannya keluar dan pergi ke pusat karaoke bersama Aliff Aziz kerana disuruh oleh pihak produksi.

Dakwa Afifah, dia menjadi mangsa pihak produksi yang mempergunakannya untuk memujuk Aliff datang ke set penggambaran. Terbaru menurut laporan Harian Metro, pengarah drama Izinkan Aku Mencintaimu, Mansor Akob menafikan perkara itu. So sekarang nak percaya siapa ini?

Tak tahu langsung

Saya tidak pernah menyuruh mereka rapat malah jauh sekali untuk membuat perancangan seperti didakwa Afifah. Bagi saya itu hanya cakap-cakap kosong dalam kalangan kami.

Soal masalah di lokasi adalah perkara biasa dan susah nak elak. Namun kedua-dua mereka tetap memberikan komitmen baik.

Perancangan karaoke pun saya tak tahu langsung

Menurut pengarah drama itu, sepanjang penggambaran itu berlangsung tiada arahan sedemikian yang dikeluarkan. Dalam perkembangan lain, penggambaran Izinkan Aku Mencintaimu bersambung hari ini. Mesti awkward!

Sumber :  Harian Metro, Berita Harian

SKIP THIS AD ×