berita

‘Saya Tidak Setuju Dengan Tindakan Ini’- Kenalan Rapat Rasa Kecewa, Dilarang Jumpa Datuk Seri Najib Razak

May 17th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Ketika rakyat mendengar hujah yang dibentangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam pada masa sama Malaysia digemparkan dengan berita pihak polis menyerbu rumah Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Pavilion Residence Apartment, Kuala Lumpur.

Dalam serbuan itu, tiada sebarang dokumen dirampas sebaliknya hanya barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah sebagai bukti. Selain itu, polis juga melarang kenalan rapat untuk melawat bekas Perdana Menteri itu.

Tidak tahu status Najib sekarang..

Seorang individu yang mendakwa ahli UMNO, Abdul Rahim Abdul Rahman (65 tahun) berkata beliau terkilan kerana tidak dapat beri sokongan moral ketika Najib menghadapi dugaan ini. Beliau juga menyifatkan larangan melawat Najib sebagai tidak munasabah dan melanggar prinsip demokrasi.

Saya tidak setuju dengan tindakan ini (polis tidak benarkan rakan melawat Najib). Saya juga tidak tahu status Najib sekarang sama ada ditahan di dalam rumahnya atau sebaliknya.

Pada masa ini, sepatutnya saya dan beberapa rakan lain berjumpa Najib pada jam 12 tengah hari tadi tetapi dilarang.

Kami akan terus setia menunggu (sehingga dibenarkan untuk berjumpa dengan Najib)”

Tambah Abdul Rahim, kali terakhir dia bertemu Najib ketika menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di ibu negara, minggu lalu.

Ketika itu, beliau (Najib) nampak tenang dan tidak terkesan dengan sebarang fitnah.

Sumber: Berita Harian

Save

The following two tabs change content below.

Ash Nordin

Content Champions at Rev Asia Berhad
Bukan Norman Hakim, Bukan Keith Foo. Ashie, lelaki tegar.

Most Read Today