berita

Scha Al-Yahya Dilantik Menjadi Duta Pusat Membeli-Belah Pakaian

July 20th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Sejak berumah tangga, rezeki Scha Al-Yahya menjadi semakin berlimpah ruah, dan baru-baru ini beliau telah dipilih menjadi duta untuk sebuah pusat membeli belah pakaian, Kenanga Wholesale City (KWC).

Kenanga Wholesale City (KWC) merupakan sebuah pusat membeli belah pakaian yang menawarkan sesuata yang menarik untuk industri fesyen Asia. Di mana, menerusi pembangunan ekonomi yang menggalakkan di sekitar Kuala Lumpur, ini telah membuka peluang untuk pusat-pusat borong di negara Cina, Indonesia, Thailand dan Korea untuk memasuki pasaran fesyen di KWC.

Selain itu, KWC juga merupakan sebuah pusat membeli belah pertama di Malaysia yang menawarkan pembelian secara borong untuk barangan fesyen seperti aksesori, kasut dan produk kecantikan, di mana semuanya dijalankan di bawah satu bumbung.

Menurut Scha, tawaran untuk menjadi duta ini disambut baik olehnya kerana beliau lihat KWC boleh dijadikan sebagai sebuah pusat membeli belah yang ideal bagi semua golongan masyarakat. Selain itu, beliau juga menganggap perlantikannya sebagai jurucakap KWC ini adalah yang terbaik, kerana ia selari dengan minatnya yang mendalam berkatian dengan dunia fesyen, dan secara kebetulan beliau juga mempunyai kios menjual pakaian, Schapoholic yang terletak di Pusat Membeli-Belah The Curve, Mutiara Damansara.

Sebagai duta KWC, Scha turut menyuarakan bahawa beliau akan membantu untuk menyebarkan maklumat berkaitan pusat membeli belah KWC ini kepada para peminatnya dan orang ramai menerusi laman sosial twitter dan facebooknya. Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa, ramai selebriti tempatan dan orang ternama yang datang untuk membeli belah di pusat ini.

Sumber : Utusan, KWC 

SKIP THIS AD ×