berita

Sebulan ‘Ghaib’, Jamal Yunos Dicekup Ketika Sedang Gunting Rambut

July 3rd, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos dipercayai melarikan diri daripada tahanan polis.  Dia ditahan reman di wad premium Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri namun menghilangkan diri ketika dalam tahanan. Operasi giat dijalankan untuk mengesannya namun gagal.

Ketika dalam persembunyian, Jamal ada membuat kenyataan media menerusi video di sebuah ladang kelapa sawit. Antara lain dia menjelaskan tidak hadir ke IPD Ampang Jaya seperti diarahkan kerana bimbang dengan tekanan dan serbuan dilakukan pihak berkuasa.

Sembunyi di beberapa lokasi

Buruan polis hampir sebulan itu dipercayai ditahan ketika sedang menggunting rambut di sebuah kedai gunting di Jakarta Selatan. Menurut sumber keselamatan, Jamal menyembunyikan diri di beberapa tempat sebelum dicekup pada pukul 6.15 petang Isnin oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI).

Jamal dipercayai bersembunyi di Medan, Sumatera Utara sebelum menukar lokasi ke Jakarta Selatan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Dia dipercayai menggunakan laluan laut untuk ke Medan.

Dihantar pulang minggu ini

Jamal juga  dijangka dihantar pulang ke Malaysia minggu ini selepas selesai urusan dokumentasi dengan pihak berkuasa Indonesia.

Bagaimanapun, ketika masih menjadi buruan polis, dia tetap berjaya mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu Sabtu lalu. Dia menewaskan pencabarnya yang juga bekas Setiausaha UMNO bahagian itu, Datuk Masloro Abdullah.

Didakwa kes gangguan awam, senjata api

Jamal akan didakwa untuk kes berkaitan gangguan awam setelah memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada Oktober 2017. Selain itu, dia juga disiasat berkenaan kerana membawa senjata api dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh.

Sumber: Astro Awani, Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×