berita

‘Secara Senyap, Tok Juga Telah Menaja Pendidikan Beberapa Orang Pemuda..’- Cucu Almarhum Sultan Kedah

September 12th, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

Selepas kemangkatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, satu-satu kebaikan telah diceritakan oleh ahli keluarga serta orang ramai mengenai kebaikan Almarhum Sultan Kedah. Berdasarkan beberapa perkongsian, Almarhum sememangnya seorang merendah hati, berhati mulia serta mempunyai tutur kata yang sangat sopan.

Artikel berkaitan: Tok, You’re Forever My Sultan – Luahan Cucu Sultan Kedah Buat Netizen Sayu

Semalam, Sarina Iskandar iaitu cucu kepada Almarhum telah berkongsi kesedihan di Instagram dan terbaru Sarina sekali lagi menceritakan sisi kebaikan atuknya.

‘Tok sentiasa mencuba yang terbaik..’

“Tanggungjawab” dan “rakyat”. Inilah dua perkataan yg Tok sering ucapkan semasa masih hidup. Bila difikirkan kembali, manakan tidaknya; inilah asas rutin hariannya bagi memenuhi tanggungjawab sbgi seorang Sultan. Bagi Tok, apa sahaja yg dilakukannya adalah demi rakyat yg tercinta.
__
Tok sentiasa mencuba yg terbaik utk memenuhi setiap jemputan acara yg diterima sbgi tanda penghargaan dan hormat; meskipun kadangkala Tok merasa lemah dan kurang sihat kerana Tok tidak mahu menghampakan mana2 pihak. Sehinggakan kami sebagai ahli keluarganya merasakan perlu utk menasihatinya supaya tidak memudaratkan diri terutama sekali semasa Tok memegang takhta sebagai Agong. Walaupun selepas cubaan utk meyakinkannya yang pihak lain pasti akan memahami hadnya sbgi seseorang yg sudah dimakan usia, tok masih tegas dgn pendiriannya “Tidak. Ini tanggungjawab Tok.”
__
Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Seperti bapanya – Tok percaya bahawa menjadi seorang Sultan merupakan suatu amanah yang besar. Sifat pemurahnya tidak terhad kpd apa yang kita lihat di media; secara senyap2, Tok juga telah menaja pendidikan beberapa orang pemuda sehingga ke peringkat universiti. Melihat rakyatnya berjaya membawa sejuta kegembiraan kepadanya.
__
Kasihnya utk Kedah boleh diibaratkan seperti kasih seorg bapa yg penuh dedikasi; baginya Kedah adalah seperti anak kecil yg perlu dilindungi dan ditatang sehingga dapat berdikari dan jalan dgn sendiri.
__
Sesuatu yg saya pelajari drpd Tok adalah utk tidak membiarkan hidup dikawal oleh tohmahan dan hinaan drpd anasir luar. Jika kita hidup dgn berintegriti, kenapa perlu kita berasa gentar? Perasaan tersebut hanyalah utk Allah SWT, dan Allah SWT sahaja. Al-Fatihah. ?

Sumber: Instagram Sarina Iskandar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×