berita

‘Sedangkan Allah Memaafkan UmatNya’

June 19th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Kecoh mengenai kes menyedihkan apabila seorang ibu telah mengelar anaknya yang baru berusia tujuh bulan di ruang tamu rumah. Kejadian tragis itu berlaku kira-kira jam 9.00 malam di rumah keluarga mangsa di Felda Jengka 13. Kejadian berlaku apabila ayah mangsa, Rizal Jusoh terdengar suara rengekan anak dari bilik tidur dan terkejut melihat isteri sedang memegang pisau dan mengelar leher anak.

Walaubagaimanapun, Rizal Jusoh memaafkan perbuatan isterinya itu dan tidak menolak kemungkinan akan menarik semula laporan polis yang dibuat.

Saya maafkan perbuatan isteri

Saya maafkan perbuatan isteri dan tidak menolak kemungkinan akan menarik semula laporan polis yang dibuat. Namun, undang-undang lebih ‘kuat’ daripada saya untuk menentukan nasib seseorang.

Rizal Jusoh, bapa kepada mangsa Muhammad Nur Rashdan berusia dua tahun itu meluahkan rasa sedih kepada wartawan Berita Harian. Bagaimanapun, dia juga perlu mendapatkan kata nasihat dan pandangan daripada saudara termasuk keluarga sebelah isteri, sama ada mahu membiarkan undang-undang menjatuhkan hukuman atau menarik semula laporan tersebut.

Dia memang tidak sedar

Malah, dia turut mengesahkan kejadian itu berlaku tanpa disedari isterinya dan menolak dakwaan sesetengah pihak membuat spekulasi mengatakan suspek sedar ketika menggelar anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Sedangkan Allah memaafkan umatnya apatah lagi manusia biasa seperti saya. Hidup saya tidak lengkap tanpa dia dan siapa yang hendak menjaga makan minum dua lagi anak.

Dia memang tidak sedar kerana dia boleh tanya semula apa yang berlaku dan siapa yang bunuh Muhammad Nur Rashdan.

Ketika pengebumian jenazah mangsa di Tanah Perkuburan Islam FELDA Jengka 13 kelmarin, lagi dua anaknya Mohamad Nur Rusyaidi dan Mohamad Rafiuddin kelihatan sugul, namun mengerti apa yang sebenar berlaku.

Suspek ditahan reman

Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula Isnin lalu di Lokap Balai Polis Maran bagi membantu siasatan. Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Asmadi Mahayudin di Mahkamah Majistret Maran dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×