berita

‘Sedap, Serius Power!’- Remake Lagu Iamneeta, Suara Fathia Latiff Buat Peminat Terpukau

February 8th, 2018 | by Shafika
Lensa Insta

Siapa je yang tak kenal dengan nama Fathia Latiff, seorang pelakon cantik, manis dan penuh kontroversi. Sebelum ini Fathia pernah berduet dengan Syukri Yahya bagi OST Dia Isteri Luar biasa. Terbaru, Fathia memuatnaik sebuah cover lagu yang pernah dinyanyikan oleh Iamneeta dilaman instagramnya.

Sejak malam tadi ruang komen pada video cover tersebut tak putus dengan pujian daripada peminatnya. Admin pun rasa terpukau dengan keenakan suara Fathia ni, bukan je hebat berlakon tapi suara pun sedap beb!

Anda rasa macam mana? Sedap tak suara Fathia?

https://www.instagram.com/p/Be5qwDQh278/?taken-by=fatiyalatiff

Setakat ini video tersebut sudah mececah 104,363 views dengan komen-komen yang sangat memberangsangkan.

‘Rindu nak tengok Fathia berlakon’

Nampaknya lakonan Fathia dalam Menanti Februari sangat memberi kesan kepada peminat, sampai minta sambungan ni! Ada juga yang rindu nak tengok Fathia berlakon.

‘Penuh penghayatan’

Sampai nak menangis tengok video lagu remake ni, terlalu beremosi agaknya ya?

‘Best suara, serius power’

Nampaknya ramai peminat Fathia yang terpegun dengan keenakan suara gadis manis ini. Hebat jugakan Fathia ni. Agak-agak boleh keluar album single tak lepas ni?

Credit: fatiyalatiff 

Save

Save

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×