berita

Sekolah Dah Nak Bukak, Kasut Dah Beli? Bata Ada Tawaran Best Untuk Korang

December 7th, 2017 | by Epul
Make-It-Senang

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Disember. Tak sedar kan dah nak hujung tahun? Bila hujung tahun tandanya apa? Kalau korang ada anak, mesti faham waktu-waktu ‘banyak nak pakai duit’ ni. Hehehe… Masa ni lah nak buat persiapan untuk anak sebelum sesi persekolahan baru bermula! Tapi, apa nak beli ye?

Benda pertama yang anak korang mintak mesti kasut. Konon kasut tu lambang penampilan…Haa, apa kata korang dapatkan kasut dari Bata. Memang kebetulan, Bata Back to School memperkenalkan koleksi kasut sekolah BeLite dengan BFirst Ultra-light baru-baru ni. Nak tau apa yang best dengan kasut ni?

Dilengkapi teknologi terbaru untuk prestasi unggul

Jangan ingat teknologi diaplikasikan pada gajet je tau, kasut pun ada jugak! Koleksi BeLite ni menampilkan satu-satunya inisiatif global terkini dari Bata Global Back to School iaitu teknologi Hyperfoam. Cool kan? Bata sengaja memperkenalkan pada koleksi BeLite bagi menghasilkan evolusi sebenar untuk pasaran kasut sekolah. Wah!

Kalau korang nak tau, kasut baru ni dilengkapi 3 ciri utama iaitu ‘breathability‘, ‘flexibility‘ dan ‘comfort‘. Kasut sekolah BeLite ni ada mesh panels yang membolehkan kaki bernafas dengan senang. Lepastu, tapak dia direka dengan teknologi dinamik supaya langkah lebih semula jadi, rasa macam takde alas kaki!

Akhir sekali, keselesaan untuk pemakai paling penting. Jadi, bahagian tapak tengah kasut BeLite dilengkapi inovasi BFirst Hyperfoam supaya selesa, fleksibel dan rasa ringan bila berjalan. Makin laju lah langkah anak korang lepasni kan?

Beri keselesaan untuk setiap langkah

Bukan tu je, Bata pun ada melancarkan kasut sekolah BFirst Ultra-light yang dilengkapi teknologi Cushion Max. Istimewanya koleksi ni, ia dihasilkan dengan tapak bahagian dalam tambahan supaya pemakai rasa lebih selesa. Material yang digunakan pun lebih ringan supaya berat kasut dapat dikurangkan dan fleksibel untuk setiap pergerakan. Takde lagi dah rungutan kalau berjalan pergi balik sekolah tu kan?

Ada promosi untuk korang sempena musim persekolahan yang bakal bermula

Haa, ini yang kita nak dengar! Bata Malaysia ada 2 promosi istimewa iaitu The Smart Deal dan Smart Pack sempena kempen Back to School. Apa yang best dengan promosi ni?

Dengan promosi The Smart Deal, korang boleh dapatkan 2 pasang kasut sekolah Bata terpilih pada harga RM69Smart Pack pulak menawarkan 2 pasang kasut sekolah Bata terpilih dan beg sandang Northstar pada harga RM99. Memang murah gila! Boleh jimat habis ni!

Cepat dapatkan produk Bata yang memang terbaik ni pada ‘harga runtuh’! Sebab, promosi ni hanya boleh didapati bermula 4 Disember 2017 hingga 7 Januari 2018 di kedai Bata seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, check out laman web Bata okay. Jom beli guys sebelum stok habis!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×