berita

‘Sekurang-Kurangnya Korang Semua Masih Ada Suami…’ – Dengar Rungutan Rakan, Ini Respon Sayu Nora

March 13th, 2018 | by faris
Lensa Insta

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul beban. Ujian kehilangan teman hidup untuk selama-lamanya bukanlah dugaan kecil yang mampu ditempuhi dengan mudah. Untuk itu, kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan ujian diberikan kerana sentiasa ada orang yang diuji lebih hebat.

Luahan penyanyi Nora Ariffin mengenai rungutan rakan-rakannya berkenaan masalah dihadapi dengan suami masing-masing patut menjadi peringatan kepada kita untuk sentiasa bersyukur.

Macam-macam hal,  complain dan tak puas hati

Menurut Nora, dia selalu mendengar luahan rakan-rakannya yang merungut dan tidak berpuas hati mengenai suami masing-masing. Dia kemudiannya tersenyum dan berkata mereka sepatutnya bersyukur kerana masih mempunyai suami sebagai pasangan.

Jangan melihat kekurangannya

Tambah penyanyi Di Persimpangan Dilema ini lagi, tiada suami atau isteri yang benar-benar sempurna wujud di dunia ini. Namun apabila sudah dijodohkan, kita sewajarnya menerima buruk baik diri pasangan masing-masing. Nora juga meminta pengikutnya membayangkan apa yang akan terjadi apabila pasangan pergi menghadap Ilahi suatu hari nanti.

Nora juga meminta si isteri sentiasa bersyukur kerana masih mempunyai suami dan tidak hanya memfokuskan hanya kepada kekurangannya semata-mata. Pasangan juga disarankan memperbetul diri dan bermuhasabah kerana masing-masing ada kekurangan tersendiri.

Hampir setahun Johan Nawawi pergi

Suami Nora, Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat sakit jantung. Arwah meninggalkan penyanyi itu dan empat cahaya mata mereka hasil perkongsian hidup mereka.

Sumber: Mstar 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×