berita

‘Selama Ni Respect Kat Awak Tapi Sekarang Tidak’- Peminat Berang, Dakwa Abby Abadi Perli Fattzura?

March 13th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Bagi anda yang mengikuti segala perkembangan dan aktiviti Abby Abadi di Instagram, pastinya anda tahu bahawa bekas penyanyi Elite ini sering berkongsi pendapat, video nasihat serta teladan demi kebaikan bersama. Beberapa hari lepas, Abby ada memuat naik tiga video ceramah Ustaz Azhar Idrus mengenai tarian poco-poco.

Namun, ada segelintir pihak merasakan bahawa video itu ditujukan kepada pasangan popular Fattah Amin dan Fazura. Salah seorang pengikutnya di Instagram menghantar direct message (DM) kepada Abby Abadi.

‘Asal terasa je kata saya dengki dengan artis..’

 

Ni apa pulak ni? ?
Kawan2 tolong sembang jap dengan yg tak puashati dgn Sy ni… Sy busy cari rezeki jap ??
.
Asal terasa je kata Sy dengki kat artis tu, artis ni.. oh malaysiaku ?

Abby Abadi telah mendapat direct message di Instagram dari seorang pengikutnya di Instagram. Dalam mesej itu, dia mendakwa Abby suka mencari kesalahan orang lain. Isu bermula apabila dua hari lepas Abby telah memuat naik hukum menari poco-poco di Instagram miliknya.

Namun begitu, majoriti beri sokongan dan memahami bahawa isu poco-poco tersebut bukan ditujukan kepada Fattah Amin dan Fazura.

Sumber: Instagram Abby Abadi, Mstar Online Malaysia

Save

Save

The following two tabs change content below.

Ash Nordin

Content Champions at Rev Asia Berhad
Bukan Norman Hakim, Bukan Keith Foo. Ashie, lelaki tegar.

Most Read Today