berita

Selamat Tinggal GST, Ini Masa Paling Tepat Untuk Korang Bercuti Ke Destinasi Idaman!

June 11th, 2018 | by Amat
Shout Out!

Baru-baru ni, kerajaan ada mengumumkan pemansuhan cukai GST yang akan bermula pada 1 Jun 2018 untuk semua barangan dan perkhidmatan di Malaysia. Oleh itu, AirAsia Berhad tidak terlepas daripada pembebasan cukai ni, malah menawarkan korang penerbangan ke beberapa lokasi dengan tambang murah!

Wah, bestnya AirAsia kini tiada lagi GST! Boleh la nak pergi bercuti atau honeymoon dengan tersayang, keluarga dan rakan-rakan!  Nak tahu, jom baca!

Bila dah tiada GST ni, korang boleh dapat penerbangan dengan harga serendah mungkin!

Korang cakap je nak pergi bercuti kat mana, di AirAsia semua tempat pelancongan yang best dan gempak kat dunia ada! Tak perlu lagi nak pening-pening kira duit penerbangan sebab apa, korang memang mampu punya la nak bayar! Haha.

Alor Setar, Nha Trang dan Colombo, tak sabar tunggu korang datang! Haha..

Sekarang korang dah tak perlu lagi tanggung cukai GST dan boleh terbang dari Kuala Lumpur ke serata dunia dengan tiket penerbangan termurah di Malaysia!

Selain Alor Setar, Nha Trang dan Colombo, ada beberapa lagi tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong seperti, Shantou, Bhubaneswar, Hua Hin, Melbourne, Jaipur, Xi’an, Busan, Langkawi. Jakarta. Kunming, Sydney, Gold Coast, Kaohsiung. Jaipur. Wah, banyak betul lokasi best! Memang rugi kalau tak tempah ni!

Paling best, dapat bercuti di ‘Pulau Cinta’ atau dikenali sebagai Bali. Dah la kat sana ada banyak tempat menarik! Meh, sini admin belanja gambar sikit.

PULAU SULUBAN

AIR TERJUN CEPUNG , BANGLI

PULAU ULUN DANU BRATAN 

Fuyyoo….memang tenang dan damai betul kalau dapat pergi bercuti kat sana! So, apa lagi tunaikan impian korang dengan AirAsia je. Memang berbaloi-baloi!

Ada promosi gempak pula! Pergh..memang superb la! 

AirAsia kini menyediakan pelbagai promosi menarik khas buat korang semua dengan All-in fare one way from RM38! Kalau nak tahu apa lagi promosi yang ada, [klik sini]. Tawaran gempak ni korang hanya boleh booking sekarang hingga 17 Jun, manakala tarikh penerbangan pula bermula hari ni sehingga 31 Januari 2019 nanti. Sempat lagi nak tempah ni!

Jom ramai-ramai serbu AirAsia!

 

SKIP THIS AD ×