berita

Selepas 4 Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Dynas Akui Gementar Nak Kahwin Lagi

February 22nd, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Sejak kebelakangan ini, nama Dynas Mokhtar meniti dibibir peminat apabila mula aktif semula dan memfokuskan diri dalam karier lakon. Kini, lakonan Dynas kembali mewarnai stesen TV drama tempatan. Dia mengakui dirinya sangat sibuk dengan kerjaya dan penjagaan 2 orang anak yang sedang membesar iaitu Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish.

Meskipun sibuk, pelakon ini sempat ‘mencuri’ masa untuk menjalin hubungan cinta bersama Shazrik Din. Semalam, dia sempat mengumumkan keputusan berkahwin buat peminat dan media.

Menamatkan zaman janda

Pelakon ini mengumumkan dia bakal menamatkan zaman janda dengan cinta hati iaitu Shazrik Din pada 21 April depan. Majlis akad nikah akan berlangsung di kediaman ibu Dynas iaitu di Shah Alam.

2 cahaya mata

Sebelum ini Dynas telah dikurniakan 2 orang cahaya mata hasil dari bekas suami, Hafiz Hafizy, seorang pelumba kereta. Pasangan tersebut bercerai pada tahun 2014.

Semoga berbahagia

Dynas turut mengakui bahawa agak gementar hingga ke hari pernikahan. Ini kerana bakal suaminya, Shazrik yang masih bujang dan tidak pernah berkahwin.

Kami mendoakan pasangan ini bahagia hingga akhir hayat dan dipermudahkan segala urusan pernikahan nanti.

Credit: Instagram DynasMokhtar

SKIP THIS AD ×