berita

Selepas Berjaya di AJL 32, Azmi Saat Kini ‘Berdakwah’ Dengan ‘Kata Juang’… Sumpah Deep Lagu Ini!

February 13th, 2018 | by Amat | 0 comments
Video Popular

Tahniah! dari Team Oh Bulan atas kemenangan Azmi Saat di tempat kedua dengan lagu Sejati pada Anugerah Juara Lagu 32 yang lalu. Kemenangan beliau telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM 35,000 beserta trofi.

Susulan dari kemenangan Azmi di AJL 29 menerusi lagu Romancinta telah membuka peluang baginya dalam industri muzik tempatan. Kini, beliau mempertaruhkan lagu ‘Kata Juang’ featuring Daly Filsuf untuk peminat yang mengemari nyanyian suara lunak mereka.

‘Kata juang’ pertaruhan baru

Lagu ‘Kata Juang’ hasil ciptaan lirik Awad dan Razy manakala komposer ialah Awad ini merupakan terbitan Monkey Bone. Lagu dan video klip ini baru sahaja dilancarkan awal tahun 2018 dan mendapat pujian dari netizen.

Lagu ini menyeru kepada semua umat untuk sering mengamalkan zikir dilidah dan mengingatkan kita semua agar kiamat yang hampir tiba. Dalam kesibukkan kita mengejar kemewahan di dunia malah lagu ini mengingatkan kita bekal amalan yang akan dibawa ke akhirat kelak.

Islamik rap moden

Melodi lagu ini turut menggunakan unsur rap oleh Daly Filsuf dalam penyampaian kata nasihat buat pendengar. Malah, ‘Kata Juang’ diinsipasikan dari kisah Rasulullah menerima wahyu surah Al-Alaq (Bacalah…) di Gua Hira’.

Lirik yang mendalam

Bait lirik lagu ini dipuji netizen yang dianggap mendalam dan mempunyai maksud yang tersirat. Peminat mendoakan agar lagu ini masih layak dipertandingkan di AJL 33, tahun depan.

Semoga lagu ini memberi inspirasi buat pendengar muzik tanah air dan saling mengingati sesama sendiri mengenai dunia akhirat. Kami juga mendoakan semoga Azmi Saat akan terus berjaya dengan lagu terbarunya ini.

Credit: Youtube Kata Juang

Most Read Today