berita

Selepas Terbakar, Pengetua Tahfiz Tak Sangka Ramai Ibu Bapa Mahu Hantar Anak

October 6th, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Selepas tragedi kebakaran meragut 23 nyawa di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, ramai ibu bapa mengatakan hasrat untuk menghantar anak mereka menuntut ilmu agama di sana.

Pengetua tahfiz berkenaan, Mohd Zahid Mahmood tidak menyangka ratusan ibu bapa yang datang melawat institusi berkenaan menyuarakan permintaan itu sendiri kepadanya.

Sangka tak mahu hantar, tapi sebaliknya

Sebenarnya pada peringkat awal selepas kejadian itu, kami menyangka ia mungkin menyebabkan ibu bapa tidak mahu lagi menghantar anak mereka ke pusat tahfiz, tapi sebaliknya berlaku.

Mohd Zahid beranggapan tragedi berkenaan akan membuatkan ibu bapa takut dan memilih untuk tidak mempercayai institusi kelolaannya, tidak menyangka sama sekali mendapat permintaan pendaftaran anak-anak daripada ibu bapa sendiri.

Tunggu dulu hingga keadaan selesai

Ada ibu bapa yang mengunjungi pusat tahfiz berkenaan selepas tragedi itu dan mahu terus mendaftarkan anak-anak mereka dengan pusat tahfiz kami, tapi saya terpaksa beritahu mereka agar menunggu dulu sehingga keadaan berkenaan tragedi ini selesai.

Tambahnya, mangsa yang terselamat kini sedang menenangkan fikiran dan bercuti untuk melupakan trauma yang melanda mereka.

Sumber: Free Malaysia Today

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×