berita

Selepas Tikam & Jerut, Suspek Telefon Polis, Dilihat Tenang Di Samping Mayat

July 12th, 2018 | by faris
Kini Trending

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Dalam hidup bermasyarakat, seseorang mestilah tahu menjaga percakapan supaya dapat mengelakkan musibah disebabkan kata-kata sendiri.

Apatah lagi jika berdepan dengan mereka yang mungkin tidak stabil emosinya, sudah tentu keadaan bertambah parah.

Suspek sendiri telefon polis

Seorang kerani di sebuah kolej vokasional maut ditikam dan mayatnya ditemui di dalam stor pejabat pada petang Rabu. Mangsa yang berusia 49 tahun ditemui di atas lantai dengan kesan tikam dan jerutan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat,  Superintenden Azizan Tukiman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kematian wanita terbabit apabila dimaklumkan sendiri oleh suspek yang membuat panggilan ke Balai Polis Banting.

Katanya, suspek yang berusia 28 tahun mengaku baru sahaja membunuh mangsa dengan menikam dan mencekiknya di stor pejabat terbabit.

Sering disindir mangsa

Menurut siasatan awal polis, tindakan mangsa yang selalu menyindir dan menuduh perlakuan sumbang suspek dengan rakan sekerja menjadi motip pembunuhan itu.
Mangsa didakwa suspek sering menyindir suspek menjalinkan hubungan cinta dengan salah seorang pekerja di institusi terbabit dan walaupun suspek sering menyangkal sindiran itu.
Siasatan awal polis menyebut suspek didapati  mendapatkan rawatan kawalan stress di Hospital Banting.

Suspek yang baru tiga bulan bekerja, turut menjalani rawatan kemurungan di hospital selain pernah melakukan cubaan membunuh diri.

Tambah Azizan, suspek yang bertugas sebagai pembantu makmal dilihat tenang disamping mayat mangsa. Suspek kemudiannya ditahan untuk siasatan.

SKIP THIS AD ×