berita

‘Semoga Ada Neraka Khas Untuk Budak Macam Ni’ – ‘Kaki Report’ Buat Pemandu Grab Digantung Selamanya

May 4th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Perkhidmatan e-hailing Grab mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna kerana kecekapan selain tambang yang berpatutan jika dibandingkan dengan teksi. Servis berkenaan kini boleh didapati di hampir semua bandar besar seluruh negara.

Seorang pengguna Twitter berkongsi dilema dihadapi pemandu Grab yang mungkin ramai tidak tahu atau sedar. Insiden berkenaan diharapkan membuka mata pengguna perkhidmatan ini supaya lebih bertimbang rasa dalam tindakan.

Dear some of UM student..

Seorang pemandu Grab meluahkan rasa kecewa apabila tidak lagi dibenarkan untuk meneruskan perkhidmatannya dengan syarikat itu gara-gara menerima aduan daripada seorang penumpang. Dalam kejadian berkenaan, pemandu yang menggunakan nama Frank Ocean menceritakan dia menjemput seorang penumpang dari kolej universiti itu dan dihantar ke satu destinasi.

Walaupun terpaksa menunggu selama 7 minit, pemandu itu tanpa banyak soal membawa penumpangnya seperti biasa. Keesokannya, dia menerima panggilan daripada staf khidmat pelanggan Grab mengatakan mereka menerima aduan mengenai trip terbabit. Penumpang itu mendakwa lelaki itu memandu dengan cuai lalu khidmatnya diharamkan serta-merta.

Grab perlu siasat terlebih dahulu

Netizen menggesa pihak Grab supaya menyiasat setiap aduan terlebih dahulu dan tidak sewenangnya menggantung perkhidmatan pemandu hanya kerana satu laporan penumpang.

Masuk universiti tak semestinya pandai

Tak reti bersyukur

Grab Malaysia bagaimanapun masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kes yang didakwa ini. Mungkin ada sebab tertentu yang menyebabkan tindakan sedemikian diambil terhadap pemandu itu oleh Grab bagi memastikan keselesaan penumpang.

Sumber: Alif Mohd Nor

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×