berita

‘Semua Dugaan Yang Saya Alami Tak Penting Lagi..’ – Luahan Sayu Afdlin Shauki Lihat Ibu Sakit

April 24th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Ibu, seorang insan yang banyak berjasa dalam memberi kehidupan kepada setiap insan. Pastinya kita sebagai seorang anak akan mendahulukan ibu dalam setiap perkara kerana tingginya darjat seorang yang bergelar ibu ini.

Baru-baru ini seorang pelakon dan pelawak, Afdlin Shauki berkongsi satu berita sedih dimana ibunya dikhabarkan terkena serangan jantung dan kini berada di Hospital Serdang.

‘Saya bergegas ke hospital, ibu separa sedar..’

Semalam keramat hidup saya, ibu yg sangat saya cintai terkena serangan jantung sekali lagi. Syukur dia berada di hospital serdang ketika itu, salah satu hospital kerajaan yg mempunyai department kardioloji di kuala lumpur. Dada saya sesak mendengar berita itu. Saya berada di dalam sebuah meeting utk mencari peluang perniagaan. Tiba-tiba saya lihat muka-muka di sekeliling meja dan semuanya tidak penting lagi… saya bergegas ke hospital dan ibu berada dalam keadaan separa sedar.

‘Semua dugaan yang saya alami tiba-tiba tak penting lagi..’

Runtun jiwa ini melihat ibu saya ketika itu dan rasa lemah yg teramat sangat melanda diri ini. Serius semua dugaan yg sedang saya alami tiba-tiba tak penting lagi. Yg penting hanyalah ibu keadaan ibu saya. Masa ni saya juga melihat diri saya ditempat ibu, Nampak beliau dalam kesakitan dan keletihan. Nampak beliau cuba mendapat nafas seterusnya. beliau hanya boleh minum sedikit air.

‘Saya mungkin tak sekuat ibu, masih terikat dengan dunia..’

Saya merasa lemas kerana jika saya dikeadaan begitu ketika ini, saya mungkin tak sekuat ibu. Pasal masih terikat sangat kuat dgn duniawi. Syukur Alhamdulillah ya Allah kerana mempermudahkan keadaan ibu saya dan syukur masih membernarkan saya terus berjuang utk keluarga, masyarakat dan diri saya. Syukur…syukur…syukur yaAllah. Kepada kawan kawan saya minta tolong doakan kesihatan ibu saya Fadzilah binti Jelani. Semuanya sementara….

Afdlin akui dia tidak kuat sekiranya berada ditempat ibu sekarang kerana masih terikat kuat dengan urusan dunia. Rata-rata peminat mengucapkan doa untuk kesembuhan ibu Afdlin melalui ruangan komen status tersebut. Apa-apa pun admin doakan semoga ibu Afdlin Shauki diberi kesihatan yang baik.

Kredit: Afdlin Shauki

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×