berita

Senarai Top 3 Negeri Yang Guna Banyak Air Menurut SPAN®! Beza Betul Dengan Yang Lain!

March 22nd, 2018 | by Azyan
Kini Trending

Banyak perkara yang korang ingat tak ada apa-apa tapi sebenarnya ia memberikan impak yang sangat besar tau dekat bumi kita ni. Umpama macam korang buang sampah merata-rata walaupun hanya sehelai tisu tapi kalau berbillion orang buang sehelai tisu? Ha, mestilah lagi teruk akibatnya kan!

Korang curious tak nak tahu negeri mana yang paling tinggi kadar penggunaan air?

Selangor

Negeri Selangor mencatatkan sebanyak 3,178 gelen air setahun pada 2015 dan pada tahun 2016 ia meningkat sebanyak 3,219 setahun! Banyak betul ni!

Johor

Di tangga yang kedua, negeri Johor menggunakan sebanyak 1,266 gelen air setahun pada 2015 manakala pada 2016 pula ia meningkat sebanyak 1,286 gelen air setahun! Bukan berkurang tapi makin naik pulak.

Perak

Walaupun tak setinggi Selangor dan Johor, Perak antara negeri yang mencatatkan rekod tertinggi bagi penggunaan air iaitu 878 gelen air pada tahun 2015 dan meningkat secara mendadak pada tahun 2016 dengan 916 gelen air setahun!

Negeri korang dekat ranking ke berapa?

Ada banyak faktor yang membawa ke arah pembaziran tapi korang tak sedar, antaranya ialah:

  • Paip bocor

Paip bocor sering dianggap biasa kan? Lagi-lagi nak panggil tukang paip tu leceh betul rasanya. Jadi, korang pun biar je lah paip rumah korang bocor berminggu-minggu. Bukan sahaja boleh akibatkan pembaziran, dalam masa yang sama korang jugak boleh kerugian.

  • Teknik siraman pokok yang salah (Lawn Sprinklers)

Bagi yang menggunakan lawn sprinkles, setkan pancuran tersebut pada waktu awal pagi atau lewat petang. Time ni air tak senang disejat. Kalau korang set tengah-tengah hari, lagi banyak air yang akan digunakan! Kalau takde sprinkles ni korang digalakkan untuk menggunakan hos bermuncung yang boleh dikawal.

  • Kalau gosok gigi, tutup lah air tu!

Selalu sangat lah time kolej dulu admin tengok kalau gosok gigi, mesti korang biar je air tu dibuka. Kalau sejam korang gosok gigi sejam lah korang buka paip tu kan? Berliter-liter air yang korang dah bazirkan kat situ.

  • Mandi lama-lama

Ini memang hampir semua orang buat, mandi lama-lama feeling macam artis dalam bilik air tetapi hakikatnya korang jadi diva membazir!

50 ribu liter air dibazirkan dalam setahun!

Ha, dalam banyak-banyak perkara ni mana satu yang paling korang selalu buat? Kalau dari 5 perkara korang dah buat kesemua lima, sebaiknya korang kurangkan lah. Walaupun nampak kecil tapi sebenarnya ia memberikan impak yang sangat-sangat besar tau.

Sebanyak 50,000 liter air dibazirkan oleh seorang individu dalam setahun! Seorang tau bukan seluruh populasi! Ia melebihi penanda aras yang diberikan oleh UN iaitu hanya 165 liter sehari. Amaun tersebut cukup sangat kalau korang nak guna untuk mandi, membasuh dan minum.

Tingkatkan kesedaran sempena Hari Air Sedunia 2018!

Photo Kredit: Syadan bin Ginu

Sempena Hari Air Sedunia pada 22.3.2018 ini, Indah Water mengajak kita sebagai rakyat Malaysia mula berjimat dalam penggunaan air!

Kurangkan apa yang patut dan jangan membazir! Seramai 844 juta orang di seluruh dunia tak ada akses untuk mendapatkan air bersih setiap hari tau! Sebabkan takde air bersih, maka kebanyakkan mereka sakit dan hilang punca pendapatan.

135 liter air yang korang bazirkan setiap hari tu boleh tolong diorang ni! Jadi, stop membazir air guys! Membazirkan amalan syaitan. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai cara untuk mengurangkan pembaziran air, boleh klik di sini!

SKIP THIS AD ×