Menyentuh sensitiviti rakyat beragama Islam di negara ini, pihak Seniman bakal tampil kehadapan mengambil tindakan terhadap Patrick Teoh.
Patrick Teoh semalam telah mengejutkan penganut agama Islam seluruh Malaysia apabila dia secara terang menulis status di laman Facebook-nya yang melibatkan sensitiviti agama. Status yang juga berunsurkan politik dan mengutuk negeri pembangkang di sebelah utara itu akhirnya memakan diri sendiri apabila ia tersebar di seluruh laman sosial.
Sebentar tadi, presiden Seniman iaitu Zed Zaidi telah mengumumkan di laman Twitter-nya bahawa pihak Seniman akan memberi ‘kejutan’ pada Patrick Teoh. Dalam tulisannya, Zed Zaidi berkata, “Esok 17 Januari 2013 jam 1.30 tengah hari SENIMAN akan buat Kejutan kepada PATRICK TEO! kerana MENGHINA ISLAM Tunggu!”.
Bagi yang tidak tahu, Zed Zaidi memang lantang memperjuangkan industri hiburan tanah air dan sebelum ini, beliau pernah “berperang Twitter” dengan artis popular seberang iaitu Julia Perez.
Nantikan saja berita dan lihat apakah tindakan yang bakal diambil pihak Seniman esok. Anda boleh lihat respon dari Dato’ AC Mizal terhadap Patrick Teoh disini.