berita

Seorang Janda, Pernah Dikecam Kerana Ingin Berkahwin Putera Harry- Siapakah Wanita Bertuah Ini?

May 21st, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Bertuah badan apabila wanita bernama Meghan Markle ini dapat berkahwin dengan anak kedua kepada Putera Charles dan mendiang Puteri Diana, iaitu Putera Harry. Foto Meghan ketika bergambar di hadapan Istana Buckingham ketika berusia 15 tahun juga telah mendapat banyak perkongsian di sosial media. Siapa sangka kesudahannya gadis itu akhirnya menjadi Puteri.

Tapi siapakah Meghan Markle ini? Ini antara fakta yang anda mungkin tidak tahu.

Bekas pelakon Hollywood, seorang aktivis

Meghan telah lahir pada 4 Ogos 1981 dan berasal dari Toronto, Kanada namun dia telah banyak menghabiskan waktunya di Los Angeles, Amerika Syarikat. Meghan juga merupakan pelajar lulusan dari Northwestern University dalam bidang teater dan international study pada tahun 2003.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Meghan Markle ini seorang pelakon Hollywood dan telah membintangi beberapa siri televisyen di Amerika Syarikat antaranya ialah ‘Suits’, dari 2011 hingga 2017. Drama siri itu telah melonjakkan nama Meghan sebagai aktres di sana.

Walaubagaimanapun, Meghan telah umumkan persaraan dari bidang lakonan selepas bertunang dengan Putera Harry pada 2017 lalu. Pada tahun ini (2018) majalah TIME telah Meghan sebagai salah satu dari “100 Orang Paling Berpengaruh di Dunia”.

Pernah berkahwin sebelum ini

Meghan bersama suami pertamanya

Sebelum bersama Putera Harry, Meghan sebenarnya sudah pernah berkahwin sebelum ini dengan aktor dan produser, Trevor Engelson di Ocho Rios, Jamaika, pada 10 September 2011. Namun rumahtangga mereka tidak bertahan lama apabila mereka berpisah pada Ogos 2013.

Kemudian pada Jun 2016, rakan-rakan Meghan telah mengatur temu janji bersama Putera Harry dan sejak dari itu mereka mula berkenalan dan hubungan mereka telah dapat dibaca media sejak bukan Oktober 2016 lagi. Namun ia tidak mudah apabila anda bercinta dengan anak Raja apabila Meghan ‘diserang’ kerana warna kulitnya.

Perkara itu sehingga memaksa pihak kerajaan Inggeris mengeluarkan kenyataan rasmi untuk melawan isu, diskrimanasi serta penghinaan ditujukan kepada Meghan.

Umum bersara dari lakonan, padam semua sosial media miliknya

Foto kredit: TIME

Mereka telah membuat penampilan pertama secara publik di pertunangan kerajaan resmi di Invictus Games di Toronto dan mereka bertunang pada 27 November 2017 dan Putera Harry telah memberikannya cincin pertunangan bertatahkan intan dari Botswana serta dihiasi dua berlian kecil.

Sejak dari itu, dia bertemu dengan Ratu Elizabeth II untuk beberapa kali.

Setelah bertunang, Meghan telah mengumukan persaraannya dari bidang lakonan. Bukan itu sahaja, bekas aktivis ini turut memadam blog (The Tig) serta akaun media sosial seperti Instagram yang ketika itu dia punyai seramai 1.9 juta pengikut.

Kini, Meghan sudahpun berkahwin dengan Putera Harry dan jalani kehidupan sebagai puteri di Nottingham Cottage di London, Istana Kensington.

Foto kredit: TIME, The New York Times

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×