berita

Bantu Kanak-Kanak Dengan Rexona Move

July 16th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Screen Shot 2013-07-02 at 2.01.12 PM

Pernahkah anda terfikir bahawa hanya dengan sedikit pergerakan ataupun senaman yang anda lakukan, anda bukan sahaja membuatkan diri anda sihat, malah turut membantu kanak-kanak lain diluar sana?

Ya, kami sudah melakukannya dan ianya sudah pun terbukti. Anda percaya tak ketika kami sedang memasak di rumah pun, kami telah membantu kanak-kanak dibawah umur 15 tahun yang masih kekurangan keperluan asas? Tidakkah anda rasa puas jika dapat menolong mereka yang dalam kesusahan?

Untuk pengetahuan anda, aplikasi Rexona Move telah dicipta khas oleh Rexona untuk merekodkan jarak pergerakan setiap aktiviti yang anda sedang lakukan. Jarak inilah yang akan menentukan samada anda membantu atau pun tidak kanak-kanak diseluruh negeri di Malaysia

Jika anda seorang yang suka melakukan senaman, ia adalah satu kelebihan untuk anda. Aplikasi Rexona Move mampu merekodkan aktiviti seperti berbasikal, berjogging, dan bermacam-macam lagi. Kalau anda tidak mempunyai masa untuk semua itu, cukup sekadar berjalan ketika bekerja pun anda sudah mampu menyumbang.

Screen Shot 2013-07-02 at 1.45.19 PM

Menari juga dapat membantu kanak-kanak diluar sana

Menariknya, segala pergerakan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia akan dikira sekali dan ditunjukkan di laman rasmi Rexona Move, disini.

Untuk pengetahuan, target asal kempen ini hanyalah pada jarak 10,695 kilometer. Namun atas usaha dan hati murni rakyat Malaysia, kempen ini telah mencapai jarak lebih 30 ribu kilometer. Menariknya, ia hanya mengambil masa lebih kurang 3 minggu untuk mencapai target asal.

Screen Shot 2013-07-02 at 1.51.02 PM

Kempen masih berjalan walaupun sudah lebih 20 ribu kilometer dari jarak asal

Bagi Muslim, ianya menjadi satu kelebihan dan pahala kepada kita untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, lagi-lagi didalam bulan Ramadhan. Bayangkan setiap pergerakan anda membawa lebih kebaikan semasa bulan Ramadhan? Mudah saja kan?

Aplikasi Rexona move boleh dimuat-turun menerusi telefon pintar anda dan bagi pengguna iPhone, anda boleh dapatkannya di Appstore dan juga Google Play untuk pengguna telefon android.

Screen Shot 2013-07-02 at 1.44.51 PM

Rexona Move melalui iTunes Store

Screen Shot 2013-07-02 at 1.45.06 PM

Antara mereka yang sudah mengambil bahagian masing-masing

Lebih menarik, 30 pengguna aplikasi Rexona Move yang bertuah bakal dihadiahkan iPad Mini dan sekali lagi kami nak katakan, bantulah mereka yang memerlukan. Mari tonton video teaser Rexona Move yang turut menampilkan pasangan selebriti, Sazzy Falak dan Nazril Nash Idrus selepas ini.

SKIP THIS AD ×