berita

Server Sampai Down, Ramai Sangat Orang Mengundi Sebab Tarikh Tutup Dah Nak Dekat. Mengundi Apa Ni?

November 10th, 2017 | by faris | 0 comments
492
reads
6
shares
Shout Out!

Mungkin korang sudah lama tinggalkan bangku sekolah atau dewan kuliah di kolej, namun sebenarnya kita semua tidak akan terlepas dengan soalan paling susah di dunia yang berbunyi ‘Nak makan mana?’. Tidak kisahlah ketika keluar bersama kawan-kawan atau keluarga, persoalan ‘berat’ ini akan tambah parah apabila dijawab ‘Mana-mana pun okay’ atau ‘I ikut je, tak kisah’. Seriuslah?!

Mujur ada media sosial yang menjadi medan netizen berkongsi tempat-tempat makan menarik, sedap dan berharga berpatutan. Tapi, bagaimana caranya korang boleh iktiraf tempat makan favourite korang supaya lebih ramai foodie boleh turut merasa keenakan makanan itu? Bila dah ramai yang makan, sudah tentu bisnes mereka berkembang, dan korang akan selamanya boleh makan dan makan semahunya!

Artis popular? Tepi sikit, JJCM Makan Awards nak lalu!

Selalu dengar anugerah untuk artis popular biasanya kan? Tapi buat julung-julung kalinya, aplikasi Jalan Jalan Cari Makan membawakan JJCM Makan Awards untuk memberi peluang kepada kaki makan menunjukkan penghargaan ke atas tempat-tempat makan sekitar Lembah Klang yang memang famous dalam kalangan netizen.

Dan calon-calonnya adalah…

7 kategori dipertandingkan dengan 8 menu paling popular yang sentiasa dicari-cari oleh foodie tegar. Kenapa 8 menu tapi 7 kategori? Sebabnya, rojak dan cendol disekalikan, sebab gandingan mereka bagai irama dan lagu gitu! Dan calon-calonnya adalah, Nasi Lemak Popular, Burger Kaki Lima Popular, Ikan Bakar Popular, Nasi Kandar Popular, Satay Popular, Kuetiau Basah Popular serta Rojak & Cendol Popular.

Marilah-mari pergi mengundi

Nope! Undian ini tak perlu ke pejabat pos untuk daftar. Cuma perlu ke SINI dan undilah makanan kegemaran anda sekarang dan tunaikan kewajipan pada mereka yang telah buat anda kenyang dan suka hati selama ini. Kena cepat-cepat kerana undian hanya dibuka sehingga 24 November ini saja tau!

Pemarkahan dibuat berdasarkan format 50% undian korang manakala 50% lagi adalah dinilai juri profesional. Pemenang setiap kategori akan diumumkan dalam satu majlis, Disember ini. Alang-alang, boleh muat turun aplikasi JJCM di Playstore dan Appstore untuk cadangan tempat makan menarik sekitar kawasan anda.