berita

Sesuatu Yang Besar Bakal Tiba! Berhati-hati… Sure Gegarkan Dunia Hiburan Negara!

February 16th, 2018 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Korang tahu tak tahun ni ada something yang besar bakal berlaku. Ha! Admin nak share serba sedikit dengan korang apa yang admin maksudkan tadi. Actually baru-baru ni admin telah dijemput untuk pergi ke pelancaran Asia Music City!

Bakal gegarkan industri hiburan negara!

Apa Asia Music City ni sebenarnya… Apa kelebihannya kan? So, apa kata korang terus scroll sampai bawah baca artikel ni sampai habis sebab ada macam-macam fasiliti yang bakal memudahkan urusan seharian anda especially bagi mereka yang memang minat berkarya dan bergiat dalam industri seni tanah air.

Destinasi retailment terbesar dunia hiburan!

Ada beberapa benda menarik yang korang kena tahu pada Asia Music City. Pertama, tak lama lagi Quill City Mall KL akan jadi Entertainment Hub untuk semua jenis hiburan. Cakap je korang nak cari apa semuanya ada dekat sini. Dilaksanakan dalam dua fasa, kalau tak ada apa-apa masalah bulan Ogos nanti siaplah semuanya. Awesomekan?

Kerjasama lebih 20 syarikat terkemuka!

Mesti korang tertanya-tanya apa yang bakal Quill City Mall KL tawarkan betul tak? Kalau nak tahu mereka akan sediakan pelbagai fasiliti yang lengkap untuk korang anjurkan event, konsert, nak buat latihan jamming dan pelbagai lagi! Asia Music City  akan membuka satu level khusus untuk korang cari peralatan muzik, lighting, bunyi dan video equipment macam gitar, piano, set drum, peralatan DJ dan banyak lagi!

Demi menjayakan Asia Music City, lebih 20 syarikat terkemuka telah komited bergabung tenaga untuk membuka cawangan Quill City Mall KL tau? Jom kita tengok beberapa fasiliti hebat yang bakal muncul tak lama lagi. Putih mata kalau tak cuba sendiri. Jadi lepas je dah siap kedua-dua fasa nanti wajib la kita ramai-ramai serbu Quill City Mall KL.

Fasiliti berkelas dunia!

Ni adalah konti radio yang dijangka siap tidak lama lagi! Bukan sahaja moden tapi rekaannya cukup menawan dan ringkas. Nanti kita datang dan tengok sendiri depan mata okay?

Ini pulak merupakan keadaan kaunter tiket terbesar negara. Jangan tak tahu lepas ni apa sahaja jenis konsert yang dianjurkan dalam negara mereka ada jual tiketnya. Tak payah lagi beli atas tangan semua tu. Datang je Quill City Mall KL.

Ha! Yang nampak ekslusif dan comfy ni pulak merupakan lounge VVIP yang bakal disediakan oleh pihak Quill City Mall KL untuk artis atau pihak atasan yang anjurkan sebarang konsert atau event. Mewahkan? Tak sabar nak buat review bila semua fasiliti ni dah siap.

Nak anjurkan annual dinner atau sambutan sebarang perayaan pun boleh. Mereka ada event hall dan dewan makan yang cukup luas. Katanya boleh muat 1200 orang siap ada theater seating. Kena tunggu siap nanti kita melawat.

Bukan itu sahaja banyak lagi fasiliti yang ada antaranya bilik seminar, studio rakaman, pentas solo dan kedai terbesar menjual CD & DVD. Nak cari drama Korea, filem tempatan, Bollywood, Hollywood? Pokoknya dekat sini ada semua. Satu tempat tapi kemudahan yang disediakan terbaik! Check it out jom!

Tak Lama lagi lepas pentas solo dah siap bolehlah korang datang dan busking dekat sini. Nak buat persembahan solo atau dengan band pun boleh. Tak de masalah! Tak sabar nak tunggu pentas solo siap! Boleh tengok persembahan free...

Sekarang kan dok trend orang jadi DJ! Korang nak jadi DJ nak belajar jadi DJ tapi tak dak DJ equipment? Jangan risau! Bulan Ogos ni mai Quill City Mall KL, Korang boleh beli semua peralatan DJ dekat situ. Harga Terbaik!!

Nak cari set karaoke? Nak tempat selesa dan luas? Nanti singgah sini. Showroom karaoke terbesar negara ada dekat sini. Boleh pilih sampai betul-betul puas hati.

Bagi korang yang jenis suka collect CD dan DVD especially, drama Korea, filem hindustan, filem omputih dan pelbagai jenis album artis dalam dan luar negara. Admin memang suggest sangat nanti cuba usha-usha dekat sini.. La ni jangan dok mai lagi sebab tak siap lagi!

Fasiliti memang sangat ditunggu-tunggu! Tak sabar nak tengok bila siap nanti macam mna rupanya. Paling penting sound system dia. Sebab banyak orang kata studio rakaman tak POWER kalau sound system failed! Haish mintak-mintak cepat siap la studio rakaman ni. Nak pi testing satu lagu sebab katanya alatan muzik kat situ cukup fit dan power!

Ha! Memang gempak habiskan? Jujur admin sendiri tak sabar nak tunggu semua fasiliti ni siap. Nanti dah siap kita pergi tengok dan cuci mata sama ada semua fasiliti ni sama macam yang dijanjikan! Thumbs up untuk Asia Music City & Quill City Mall KL sebab berani laburkan tenaga dan usaha untuk fasiliti bertaraf dunia.

Bagi korang yang tak tahu dekat mana Quill City Mall KL Atau tak pernah lagi sampai sana  boleh ikut maps dekat bawah…

The following two tabs change content below.

Intan Mahsuri

Content Champion
Ceq orang Utara. Easy going, tapi tak suka makan kari... hat lain semua telan ja!

Most Read Today