berita

Setelah 26 Tahun Hidup Bersama, Erma Fatima & Suami Cerai Talak Satu

August 17th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Sebelum ini, pengarah terkenal Erma Fatima pernah menfailkan penceraian ke atas suaminya Bade Azmi namun menarik balik permohonan setelah dipujuk.

Namun, hari ini mereka berdua akhirnya berpisah setelah 26 tahun hidup bersama.

Berpisah selepas 26 tahun bersama

Menurut laporan Harian Metro, Erma Fatima sah telah bercerai talak satu dengan suaminya, pengarah filem, Bade Azmi hari ini selepas 26 tahun mendirikan rumahtangga.

Bade melafazkan talak tersebut di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaluddin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkannya pada 10 Ogos lalu.

Suasana bertukar menjadi suram dan sedih apabila mereka berdua saling bermaafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri.

Pada 2015, Erma Fatima pernah menfailkan cerai ke atas Bade Azmi namun menarik balik permohonan tersebut selepas suami bersungguh-sungguh mahu permohonan ditarik balik.

Mereka bernikah pada 30 November 1991 dan memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, Ahmad Arir, Ahmad Aifin, Citra, dan Nurain.

Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang dan dikurniakan dua anak.

sumber :Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×