berita

Sharifah Aleya Mengaku Sudah Mula Berhijab

July 31st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pelakon dan penyampai radio Sharifah Aleya dikatakan sudah mula mengenakan hijab sejak 1 Ramadhan yang lalu. Di bulan yang mulia ini beliau mengambil pendekatan untuk berubah, akan tetapi beliau tidak mahu mengulas lebih lanjut mengapa dan sebab apa beliau mahu berhijab.

Selain itu, Aleya turut menyatakan bahawa pihak keluarga menyokong penghijrahan yang beliau lakukan dan menerusi temubual dengan pihak portal murai.com.my, Aleya berkata, “Alhamdulillah kerana sejak saya bertudung, ramai yang telah mendoakan yang terbaik untuk saya termasuk keluarga dan rakan-rakan. Mereka banyak memberikan sokongan.”

Menurut Sharifah Aleya lagi, Ramadhan kali ini beliau ingin membuka lembaran baru, tambahan pula ini merupakan Ramadhan pertama beliau tanpa suami serta bergelar ibu tunggal kepada dua orang cahaya kembar, iaitu Aza Ameena dan Asha Ameena yang masing-masing berusia 3 tahun.

Namun begitu, keadaan ini langsung tidak memberi kesan kepada dirinya kerana kehidupannya kini lebih gembira disamping keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, Aleya turut mengakui beliau akan rasa kesunyian sekiranya tiada orang tersayang disekelingnya. Oleh itu, sepanjang bulan Ramadhan ini, beliau akan banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang.

Dalam masa yang sama, Aleya turut mengaku masih lagi menjalinkan hubungan yang baik bersama bekas suami, Muhammad Ashraf Aasimuddin.

SKIP THIS AD ×