berita

Sharnaaz Ahmad & Emma Maembong Digandingkan, Peminat Minta Zizan Jaga-Jaga

May 6th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Fotor0505190832

Umum tahu bahawa sebelum ini Sharnaaz Ahmad berjaya mencipta fenomena Jebat Foo dan melonjakkan rating drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta hingga menyebabkan hubungan Nelydia Senrose dan Qi Razali sedikit goyah.

Bagaimanapun ternyata Sharnaaz dan Nelydia cukup professional dalam hal ini dan tidak membiarkan kontroversi berkenaan terus menghanyutkan mereka untuk menjalin cinta lokasi.

Namun sebaik drama BKATC tamat, kini Sharnaaz digandingkan pula dengan seorang pelakon yang tidak kurang cantik iaitu Emma Maembong.

emma maembong-3

Menerusi sekeping foto yang dikongsikan oleh Emma di Instagram semalam, si cantik itu memegang watak sebagai Dian manakala Sharnaaz pula sebagai Farhan menerusi karya terbaru berjudul Bintang Hati.

Apa yang lebih menarik, terdapat segelintir peminat menasihati Zizan supaya tidak membenarkan Sharnaaz memeluk atau melakonkan adegan terlebih mesra dengan Emma.

emma maembong-2

emma maembong-1

Nak tergelak pun ada membaca komen berkenaan tapi ini secara tak langsung membuktikan bahawa kewujudan Sharnaaz mampu membuatkan kaum lelaki merasa tergugat.

Walaupun ianya sekadar gurauan, namun ramai juga yang seakan menjangka Sharnaaz dan Emma bakal mencipta keserasian tersendiri menerusi gandingan mereka kali ini. Anda rasa macam mana?

SKIP THIS AD ×