berita

Syazwan Itu Menyenangkan – Tyas Mirasih

January 9th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Press Screening Filem Laga-14

Umum sudah sedia maklum bahawa hubungan cinta antara bintang Indonesia, Tyas Mirasih bersama Keith Foo sudah lama terputus di tengah jalan. Malahan, bekas kekasihnya itu juga dikhabarkan sudah pun menemui pengganti baru.

Artikel Berkaitan : Laga Taruhkan Tyas Mirasih dan Syazwan Zulkifli

Namun, adakah Tyas juga sudah menemui cinta barunya? Desas-desus ada mengatakan bahawa Tyas dan Syazwan Zulkifli bercinta di set penggambaran filem ‘Laga’. Hal ini bagaimanapun telah dinafikan oleh Tyas sendiri ketika ditemui semalam.

Screen Shot 2014-01-09 at 1.16.06 PM

Syazwan Zulkifli dan Tyas Mirasih menjadi teraju utama filem ‘Laga’

“Terpulanglah kepada yang ingin menilainya. Tetapi kami berdua sememangnya hanya teman biasa sahaja. Tidak ada yang lebih.”

Menurutnya lagi, watak Maya sebagai kekasih Sabri yang dipegang dalam filem terbabit memerlukan dirinya mendapatkan keserasian dengan Syazwan Zulkifli.

“Sememangnya Syazwan itu menyenangkan. Dia juga baik dan banyak beri tunjuk ajar pada saya ketika penggambaran.”

Ketika ditemui di tayangan media filem tersebut, Tyas juga turut menambah bahawa dirinya mahu fokus kepada bidang kerjaya terlebih dahulu berbanding memikirkan soal cinta.

Press Screening Filem Laga-34Syazwan memegang watak sebagai kaki sabung ayam dalam filem ‘Laga’

Sementara itu, Syazwan yang juga berada di majlis tersebut turut menafikan kisah percintaan mereka dengan mengatakan ianya hanya sekadar gosip dan tidak seharusnya diperbesar-besarkan.

“Tyas itu gila-gila orangnya. Dan apabila berada di set, kami semua pun rapat. Jadi saya rasa tidak sepatutnya timbul isu macam ini.”

Filem ‘Laga’ arahan Ismail Yaakob ini akan mula ditayangkan bermula pada 23 Januari depan. Filem ini turut dibintangi pelakon handalan seperti Eman Manan, Wan Hanafi Su, Nasir Bilal Khan dan lain-lain lagi.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×