berita

Shila Amzah Cover Majalah Lisa Edisi Disember

November 28th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sungguh anggun dan cantik apabila penyanyi terkenal Shila Amzah menghiasi muka depan majalah Lisa untuk edisi khas, ulangtahun pertama majalah ini.

Penampilan Shila kelihatan sungguh elegan dan sofistikated tatkala menggayakan busana hijau dan dipadankan dengan turban rona merah.

Meskipun penampilan si gadis kelihatan sedikit ringkas, akan tetapi dengan adanya selitan aksesori seperti rantai leher, ia mampu menonjolkan lagi aura pesona buat penyanyi jelita ini.

Terdapat pelbagai topik menarik untuk dibincangkan menerusi edisi kali ini, antaranya adalah detik cemas Shila Amzah hilang 12 jam bersama Sharnaaz, 10 panduan solusi segera rawat wajah lesu, 58 fesyen bawah RM100 dan video serta tip lengkap cipta stail terkini.

Untuk ketahui lebih lanjut, jangan ketinggalan untuk dapatkan majalah Lisa sekarang!

SKIP THIS AD ×