berita

Shila Amzah Tak Sanggup Lukakan Hati Ibu Bapa

February 6th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Shila Amzah

Berikutan perselisihan faham yang berlaku antara ND Lala dan Sharnaaz Ahmad pada minggu lalu, Shila Amzah akhirnya telah tampil dan mengeluarkan kenyataan berhubung insiden tersebut.

Menurut Shila, dia meminta maaf atas apa yang telah berlaku dan mengaku tidak sanggup untuk melukakan hati kedua ibu bapanya.

Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama shila berdiam diri.

Pertama sekali, Shila memahami situasi ibu bapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila.

Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.

Dalam pada itu, Shila turut memohon maaf kepada Sharnaaz Ahmad dan keluarga atas apa yang berlaku serta meminta agar peminat tidak menyalahkan pelakon tersebut seratus peratus.

Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan Shila dengan baik selama hari ini. Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya, dia tidak sepenuhnya bersalah.

Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua damage yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.

Shila, sebagai seorang anak kepada ibu bapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya.

Penyanyi ini turut menyerahkan segalanya kepada takdir dan berharap agar kedua-dua pihak dapat berdamai.

Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkanlah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk Shila maka jauhkanlah.

Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah SWT. Shila berdoa agar semua berdamai. Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku.

Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati. Demi Allah, Shila sangat sayangkan anda semua.

SKIP THIS AD ×