berita

Shinhwa Sertai Girls Generation Di 2013 Asia Super Showcase

April 24th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Shinhwa

Bagi peminat-peminat K-Pop tempatan, inilah peluang bagi anda untuk menemui kumpulan K-Pop yang sudah 15 tahun bertapak dalam industri hiburan Korea iaitu kumpulan Shinhwa.

Dianggotai oleh enam orang ahli iaitu Eric Mun, Lee Min-woo, Kim Dong-wan, Shin Hye-sung, Jun Jin, dan Andy Lee, kumpulan ini bakal membuat persembahan buat pertama kalinya di Malaysia dan akan turut memeriahkan konsert “2013 Asia Super Showcase” yang akan diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Berita ini diumumkan sebentar tadi oleh Universal Music Malaysia yang turut bekerjasama dengan Marctensia Concerts.

Untuk pengetahuan anda, kumpulan Shinhwa telah ditubuhkan pada tahun 1998. Mereka kemudiannya telah memilih untuk bergerak solo pada tahun 2008 sehingga mengambil keputusan untuk bergabung semula pada tahun 2011. Ahli kumpulan Shinhwa juga berumur dalam lingkungan 32-34 tahun.

SHINHWA2

Kepada para peminat K-Pop, anda boleh dapatkan tiket “2013 Asia Super Showcase in Malaysia” pada harga RM223, RM323 (Free Seating), RM353, RM453 (Free Standing) dan VIP (Numbered Seating).

Sempena kedatangan Shinhwa buat pertama kalinya ke Malaysia, pihak penganjur turut memberikan diskaun 10% untuk semua kategori tiket kecuali tiket VIP. Apa lagi, cepatlah beli sebelum terlambat.

Tiket telah mula dijual di www.ticketcharge.com.my (kecuali tiket VIP) atau melalui TicketCharge hotline di talian 03 9222 8811. Turut sama membuat persembahan nanti ialah kumpulan Girls Generation dan AoA (Ace of Angel).

Jom layan lagu Venus oleh Shinhwa lepas ini.

SKIP THIS AD ×