berita

Siapa Penyanyi Yang Pernah Buat Ramai Gadis Cair Ni? Dengar Cerita Nak Datang Malaysia..

October 5th, 2017 | by Nurul
Kini Trending

“Matamu melemahkanku, saat pertama kali ku lihatmu..”

Haa..siapa pernah dengar lagu ni?  Kalau tak silap admin, lagu ni hits pada tahun lepas dan memang meletop dengan mempunyai lebih daripada 40 juta YouTube views dan distrim sebanyak 10 juta di semua platform streaming. Wow!

Bukan itu saja, siapa yang menonton drama Suri Hati Mr. Pilot, mesti tahu lagu ni kan sebab ia menjadi runut bunyi untuk drama rantaian tersebut.

Inilah lagu ‘Dari Mata’, single dari Jaz ataupun nama penuhnya Aziz Hayat. Kalau korang nak tahu, Jaz ni adalah penyanyi yang berasal dari Brunei tetapi menempa nama di Indonesia dan diterima baik muziknya di sana.

Dengar cerita Jaz nak datang Malaysia dan korang juga berpeluang untuk jumpa dia secara dekat! Macam mana tu??

Nak jumpa Jaz in person tak?

Berita baik untuk peminat Jaz! Jaz akan mengadakan showcase di IOI City Mall, Putrajaya pada 21 Oktober 2017 ( Sabtu) ini tau.

Yang bestnya, korang berpeluang untuk memenangi 10 pasang tiket ekslusif dan 3 pasang Meet & Greet pass ke showcase Jaz ni. Bolehlah jumpa depan-depan dan selfie dengan Jaz! Wah!

Macam mana nak menang?

Senang je uols. Caranya:

LIKE post contest giveaway di page OHBULAN!

KOMEN “Saya nak sangat pergi Showcase + Meet & Greet Jas kerana…”

Pemenang akan dipilih berdasarkan komen yang SIMPLE dan RARE!

Itu je caranya. Kacang kan?

So, jom ramai-ramai join contest ni dan jumpa Jaz in person. Tengok boleh jatuh hati ke tidak. Hehe! Meh admin belanja sikit muzik video Jaz, Dari Mata. Enjoy!

 

 

SKIP THIS AD ×