berita

‘Alami Pendarahan Banyak..’ -Siti Nurhaliza Maafkan Individu Sebar Foto Anak

March 21st, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila wajah anak Datuk Siti Nurhaliza tersebar luas tanpa keizinan mereka. Semalam, seorang jurusolek bernama Wan Noor Akmal Wan Yusof meminta maaf secara terbuka atas kesilapannya menyebarkan foto bayi berkenaan

Artikel Berkaitan : ‘Saya Minta Maaf’- Didakwa Sebar Foto Anak Siti Nurhaliza, Jurusolek Sambilan Beri Penjelasan

Menerusi Mstar, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa terbuka hati memaafkan pihak yang menyebarkan foto puteri mereka sehingga ia tular di media sosial.

Sudah memaafkan individu itu

Pihak kami sudah memaafkan individu yang menyebarkan foto bayi kami. Tidak mahu menjadikan ia satu isu sebab saya dan Siti pun sudah reda.

Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan isterinya Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin terbuka hati memaafkan pihak yang menyebarkan foto puteri mereka sehingga ia tular di media sosial. Mereka juga sudah reda dengan perkara yang terjadi.

Tak banyak karenah

Buat masa sekarang, bayi kami tak banyak karenah. Biasalah kalau berjaga waktu malam pun hanya untuk berikan dia susu. Selepas itu, dia akan tidur semula dan Siti pun dapat berehat.

Dalam pada itu, Datuk K menceritakan pengalamannya menjaga bayi. Dia memberitahu puterinya itu tidak banyak karenah dan Siti akan menyusukannya setiap dua jam sekali.

Mengalami pendarahan

Buat masa ini Siti masih dalam pemantauan doktor kerana dia kehilangan banyak darah semasa pembedahan. Sekarang dia perlu ditambah darah dan mungkin dalam masa dua atau tiga hari lagi dia boleh pulang.

Menurut Datuk K, isterinya masih di hospital dan belum dibenarkan pulang ke rumah kerana perlu dipantau oleh doktor memandangkan dia mengalami pendarahan ketika pembedahan.

Sumber : Mstar

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×