berita

Situasi Mendebarkan Bila Tengok Bola VS Tengok Filem Mission Impossible. Betul Ke Tak?

July 13th, 2018 | by Nurul
Kini Trending

Belum pun habis demam raya, dah datang pulak demam FIFA World Cup. Kalau korang tengok kat kedai mamak, memang penuh la dengan peminat-peminat bola sepak ni. Bila pasukan yang diorang sokong tu berjaya jaringkan gol, memang riuh habis lah dengan jeritan penyokong setia dorang.

Mana yang tengok kat rumah tu, gerenti conquer remote tv. Memang orang lain tak boleh tukar channel sebab nak tengok bola punya pasal. Macam tu jugaklah kalau tengok filem Mission Impossible. Filem penuh aksi ni memang boleh buat korang khusyuk sampai nak melekat terus depan tv tu. Taknak gerak-gerak.

Kat sini kami senaraikan situasi-situasi mendebarkan yang selalu terjadi bila orang tengok bola vs tengok filem Mission Impossible. Korang pun macam ni ke?

Bila pasukan lawan gelecek bola vs bila watak jahat muncul dan nak bunuh hero

Haa..siapa peminat bola mesti boleh relate betapa berdebarnya dada korang bila pasukan lawan dapat bola dan tackle bola tu sehingga ke pintu gol. Masa tu, nak bernafas pun lupa. Punyalah nervous! Yelah, World Cup ni dah la 4 tahun sekali. Masa ni lah nak tengok pasukan negara favourite korang tu beraksi dan menjadi juara.

Bagi filem Mission Impossible pulak, saat-saat cemas tu bila watak jahat muncul dan nak bunuh hero. Uishhh..rasa berdebar tu macam kita pulak yang kena kejar. Tapi macam biasalah, hero takkan kalah!

Kena tembak macam mana pun, si Ethan Hunt ni memang akan pantas menepis!

Bila pasukan lawan dapat sepakan penalti vs adegan terjun dalam air tanpa tangki oksigen

Situasi yang ni bukan takat berdebar, siap berpeluh lagi. Sepakan penalti ni kadang-kadang penentu kemenangan satu pasukan bola. Masa ni boleh dikatakan saat genting la untuk pemain yang nak buat sepakan penalti ni.

Yelah, nasib pasukan bergantung kepada dia. Kalau kita yang tengok kat rumah ni pun dah cuak, dia apatah lagi!

Samalah jugak macam tengok adegan Ethan Hunt terjun ke dalam tangki air tanpa oksigen dalam Mission:Impossible – Rogue Nation ni! Kalau korang nak tahu, ini adalah antara adegan yang paling sukar untuk dilakonkan oleh Tom Cruise. Mana taknya, dia kena tahan nafas dalam waktu yang lama tau.

Scene ni punyalah susah, sampai Tom Cruise kena berlatih setiap hari di Florida dan Kepulauan Cayman dengan menyelam dan menahan nafas bersama perenang profesional veteran. Hasilnya, dia berjaya mencapai kedalaman 40 meter dan menahan nafas selama 6 minit!

Punyalah nervous bila tengok si Ethan Hunt ni nak terjun ke dalam tangki tu. Dah la tinggi satu hal, dalam pulak tu!

Bila dapat safe bola vs bila Ethan Hunt nyaris jatuh dari Burj Khalifa!

Fuhh..situasi ni memang betul-betul mencemaskan! Kita sebagai penonton ni punyalah tak senang duduk bila pemain lawan dah bawa bola sampai ke pintu gol, tengok gaya mesti gol ni. Tapi, bila goalkeeper dapat selamatkan bola dari menembusi gawang gol, rasa lega dia tu susah nak explain!

Siapa yang jadi goalkeeper masa tu memang power betul lah sebab bukan senang nak tepis bola tau. Kena ada skil yang hebat dan fokus yang tinggi. Salute!

Perasaan bila goalkeeper dapat safe bola dari masuk ke gawang gol tu, sama je macam bila tengok adegan Ethan Hunt di Burj Khalifa dalam Mission: Impossible – Ghost Protocol ni. Tergantung pada 800 meter di udara dengan kabel  tipis dan angin yang kencang, memang idea yang paling gila dan epik!

Bayangkanlah, diorang hanya berpaut sesama sendiri untuk menyelamatkan Ethan Hunt dari terjatuh daripada bangunan pencakar langit tu. Silap sikit, memang berkecai la kalau jatuh tu.

Kita yang tengok pun dah rasa seram sejuk dan kecut perut, inikan pula pelakon yang lakonkan aksi tu! Bagi admin, babak ni paling gempak antara semua rantaian Mission: Impossible. Adegan ni merupakan adegan yang paling lama dirancang dan sebelum memulakan penggambaran, stunt team dan Tom Cruise telah berlatih lebih 200 jam secara intensif di Los Angeles.

Diorang juga ada membuat replika permukaan Burj Khalifa dan memanaskan permukaan kacanya supaya sesuai dengan suhu di Dubai! Amazing!

Bila player kena kad merah vs bila hero kena belasah teruk dengan penjahat 

Perkara yang menjadi mimpi buruk bagi pemain bola adalah apabila dilayangkan kad merah. Bukan je terus kena berhenti bermain dan keluar padang, siap kena banned dari bermain untuk next game pulak. Aduh…memang kecewa la peminat diorang.

Yelah, kadang-kadang ada waktu yang pemain ni beremosi, so tak sengaja berkasar dengan pemain lain pulak. Dah kena kad merah!

Pernah tak korang kecewa dan sedih gila bila hero kesayangan korang kena belasah teruk sampai lunyai dan tinggal nyawa-nyawa ikan? Admin cukup sakit hati dan gerun bila tengok Ethan Hunt kena pukul. Tengoklah macam adegan kat atas ni, dah sampai lunyai dia kena belasah.

Siap kita pulak yang tutup mata sebab tak sanggup nak tengok!

Haa..agak-agak, korang boleh relate tak dengan semua situasi yang kami dah listkan tu? Mesti korang pun camni kan.. Tapi, dengar cerita, ada lagi suatu perkara mendebarkan yang akan temui korang tak lama lagi..Nak tahu apa dia?

Saksikan MISSION: IMPOSSIBLE FALL OUT, 26 Julai ini. Lebih aksi, lebih gempak!

Kalau Mission Impossible sebelum ni pun dah gempak habis, sekuel ke enam filem ini menjanjikan aksi dan jalan cerita yang lebih mantap! Macam biasa, hero kegilaan ramai, Tom Cruise, masih menjadi tunjang utama filem rantaian ni, dan terbaru, MISSION: IMPOSSIBLE FALL OUT.

Peminat filem ni mesti tak sabar kan nak tunggu filem ni di pawagam. Tak lama dah guys, mari kita sama-sama tunggu 26 Julai ini ! Jom kami belanja sikit teaser MISSION: IMPOSSIBLE FALL OUT.

Check it out!

SKIP THIS AD ×