berita

Solat Tanpa Rukuk, Sujud & Seru Guru, Ajaran Sesat Yayi Serang Johor

August 20th, 2018 | by faris
Kini Trending

Penularan ajaran sesat pernah menggemparkan negara antaranya dengan ajaran Ayah Pin yang dikenali kerana mendakwa mengetuai kerajaan langit. Namun ajaran sesat itu sudah ditumpaskan pihak berkuasa, malahan pengasasnya sendiri sudah meninggal dunia.

Terbaru, satu ajaran sesat mula tersebar di selatan tanah air. Aktiviti salah di sisi agama itu mendapat perhatian pihak berkuasa agama untuk membanteras gejala berkenaan.

Diasaskan warga Singapura

 

Ajaran yang dikenali sebagai ajaran Yayi itu hanya memerlukan pengikutnya solat sekali sehari tanpa batas waktu, tidak perlu menghadap kiblat selain memulakan solat dengan memanggil nama guru mereka.
Tambahan pula, kumpulan ajaran ini turut menyifatkan al-Quran sudah dicemari dan pengikut-pengikutnya diarahkan menghapuskan serta melupakan isinya. Ajaran tersebut mula berkembang di Singapura dan sudah mula melolos ke Johor.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor (JFNJ) memutuskan ajaran Yayi yang diasaskan seorang wanita warga Singapura, Farida Jayus sebagai menyeleweng dan terkeluar daripada landasan Islam.

Solat berdiri tegak

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah membuat keputusan bahawa ajaran Yayi melanggar syariat Islam dan umat Islam diminta menjauhkan diri daripada kumpulan terbabit. Bagaimanapun, pihak berkuasa agama republik itu tidak dapat menahan pengasas ajaran itu namun pemantauan masih dijalankan.

Perkara itu didedahkan seorang pengadu kepada MUIS dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), baru-baru ini. Pengadu berkenaan dalam aduannya berkata, ajaran berkenaan mendesak pengikut membuat sumbangan tetap untuk membiayai gerakan songsang mereka.

Ada pengikut bercerai-berai, malah ada isteri menggunakan sihir penunduk kepada suami. Ini saya peroleh daripada beberapa bekas pengikut mereka.

Bekas pengikut mereka berjumpa saya dan menunjukkan beberapa klip video termasuk ritual solat yang perlu diamalkan pengikut ajaran terbabit.

Menurutnya, bekas pengikut ajaran itu turut mengakui solat mereka hanya berdiri tegak tanpa ada rukuk, sujud dan beberapa pergerakan solat lain seperti dalam Islam.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×