berita

Sooyoung Girl’s Generation Tampil Dengan Wajah Comel

September 25th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Anda minat dengan Girl’s Generation? Penampilan yang terbaik dan menawan pasti menarik minat anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan mereka.

Kini, Ohbulan! mempamerkan gambar salah seorang anggota kumpulan Girl’s Generation iaitu Sooyoung. Sooyoung telah menunjukkan imej yang comel tatkala memperagakan sepasang kaca mata hitam besar yang menarik.

Sooyoung dilihat mengemaskini gambar profil Town UFO (SNS) yang mempamerkan gambar comelnya yang bergaya dengan sepasang kaca mata hitam besar.

Wajah beliau yang kecil itu hampir dilindungi dengan sepasang kaca mata hitam. Beliau tampil dengan imej yang comel dimana beliau bergaya dengan membuat muka comel, membuka mulut seluasnya  dan sebagainya ketika mengambil gambar.

SKIP THIS AD ×