berita

‘Special Case, Tiada Lagi Terjunan Bersama Anak Kecil Buat Masa Ini’ – Pengendali Aktiviti

March 21st, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Aksi seorang individu yang membuat terjunan ‘ropeswing’ bersama anak di jambatan Kuala Kubu Baru baru-baru ini telah menimbulkan kerisauan ramai orang. Ramai yang mempertikaikan aksi bahaya yang boleh membawa pelbagai risiko terutama kepada si kecil itu.

Artikel berkaitan : ‘Masyarakat Kita Susah Terima Budaya Baru, Mat Salleh Buat OK Je…’

Selaku pengendali aktiviti, Shafiq Azmi mengeluarkan kenyataan rasmi dan memberi penjelasan berkenaan video tular tersebut.

Penerjun bersama anak sebelum ini ‘special case’

Ini adalah kenyataan rasmi dari saya selaku pengendali aktiviti ropeswing di jambatan Kuala Kubu Baru. Untuk makluman, penerjun yang bersama anak kecil sebelum ini adalah “special case” dan hanya selepas kami benar-benar yakin dengan langkah-langkah keselamatan yng diambil dan setelah mengambil kira kondisi kanak-kanak tersebut. TIADA LAGI SEBARANG TERJUNAN BERSAMA ANAK KECIL BUAT MASA INI. Kami hanya akan menggalakkan mereka bermain mobile legend dan juga basikal lajak.

Saya mohon maaf

Berkenaan dengan helmet pula, untuk makluman semua, helmet tersebut hanya bertujuan meletakkan gopro semata-mata. Secara logiknya, tiada sebarang objek yang boleh jatuh dan mengenai kepala. Ini bukan rock-climbing atau kerja-kerja bangunan. Ropeswing di luar negara tidak pun memakai helmet. Dan yang paling penting, ini BUKAN bungee-jump. Tiada sentakan yang berlaku kerana ropeswing adalah hayunan bukan lantunan sepertimana bungee-jump. Whiplash sama sekali tidak berlaku. Diharap setiap taman permainan yang mempunyai buaian melengkapkan buaian tersebut dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih seperti baju kalis hentakan dan tali pinggang keledar. Sy hormati setiap pandangan dr semua pihak. Terima kasih atas keprihatinan anda. Sy mohon maaf atas segala yang terjadi, terkasar bahasa dan sebagainya.. Dua tiga kucing berlari, nasib baik x empat.
.
**TERIMA KASIH kepada rakan-rakan yang menyokong kami. Minta maaf sebab tak sempat nak melayan atau membalas post/komen kalian. Percayalah, acik tak sombong. Mohon doa dari kawan-kawan juga. Sumpah busy. Ramai ni tengah cari..

Sumber : Shafiq Azmi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×