berita

Sudah 5 Bulan Hamil, Pembantu Peribadi Kongsi Perbualan Comel Pengalaman Mengandung Dato’ Sri Siti Nurhaliza

November 10th, 2017 | by Ash Nordin | 0 comments
78.9K
reads
947
shares
Lensa Insta

Setelah lama menunggu, akhirnya penyanyi terkenal Malaysia Dato’ Sri Siti Nurhaliza dikurniakan rezeki untuk mendapat zuriat. Walaupun sudah beberapa tahun mendirikan rumahtangga serta diasak oleh media soalan tentang anak, Siti Nurhaliza tetap senyum dan bersabar.

Kini Dato’ Sri Siti Nurhaliza sudah menginjak ke usia 5 bulan kehamilan. Pembantu peribadi Dato Siti, Rozi berkongsi di Instagram perbualan comel mengenai pantang larang wanita mengandung.

Pengalaman baru bagi Dato’ Siti

Menginjak ke usia 5 bulan kehamilan @ctdk, semakin hari semakin hilang alahan, mual, tidak selera makan dan fasa dari bulan ke bulan berubah dan akan terus berubah. Setiap wanita yang sudah bergelar ibu, pasti melalui pengalaman hamil tersendiri serta berbeza pengalaman pula bagi setiap seorang anak yang dikandung. Saya tahu ini adalah pengalaman baru bagi @ctdk dan tentunya beliau memerlukan sokongan dari ramai pihak terutama keluarga terdekat. Saya pula sudah seperti anggota polis dengan slogan ‘ Setia Berkhidmat’. Kadangkala memang lucu membaca mesej-mesej beliau sewaktu hamil tetapi saya faham perasaan itu kerana saya juga telah dikurniakan tiga orang zuriat sebelum ini. Sekadar perkongsian dengan para peminat @ctdk yang seronok mendengar cerita serta pengalaman saya bersama @ctdk. Alhamdulillah, ramai yang mendoakan, menitip nasihat, berkongsi tips dan pengalaman, tak kurang yang menghantar pelbagai hadiah, barangan, makanan dan sebagainya buat @ctdk, ramai yang sayang sebenarnya. Terima kasih semua.

Perbualan antara Rozi & Dato’ Siti

Tak lalu nak makan

Tiada selera. Bila ingin makan, tak tahu nak makan apa

Alahaii bila baca perbualan diatas ni rasa kasihan pula. Tetapi biasa lah, itu sebahagian daripada cabaran yang harus ditempuhi oleh wanita mengandung. Kami doakan supaya Dato’ Siti diberikan kekuatan sehingga hari kelahiran anak nanti.

Sumber: Instagram rozisangdewi

Save

Save

Save

The following two tabs change content below.