Pelakon genit Elfira Loy antara selebriti yang dilihat mempunyai citarasa fesyen. Walaupun berfizikal rendah, namun ciri itu tidak membataskan dirinya untuk bergaya dan berfesyen dengan stail tersendiri sekaligus menjadi ikutan peminat.
Walaupun peminat menerima Elfira seadanya, mungkin ramai tidak tahu dia pernah mencuba ubat peninggi, seperti didedahkan di Twitternya. Satu isu yang sedang hangat diperkatakan di laman itu membuatkan pelakon ini tidak senang.
Jijik dengan orang buat pandai
Seorang selebriti popular dihentam teruk kerana mempromosikan pil peninggi yang sudah disahkan doktor tidak akan membantu menambahkan ketinggian kerana manusia mempunyai tahap pertumbuhan maksimum pada sesuatu umur. Perkara itu menjadi perdebatan kerana personaliti berkenaan pernah mempromosikan produk membahayakan sebelum ini.
Elfira yang melihat isu itu di timeline Twitternya tidak ketinggalan meninggalkan komen mengakui dia pernah mencuba produk peninggi dan benar-benar berkesan untuknya. Tambahnya, pihak yang masih tetap mahu komen tentang isu yang tidak pasti membuatkan dirinya jijik.
Bertindak macam kalsium
Apabila ditanya seorang doktor, menurut Elfira, produk itu bertindak seperti kalsium yang dan berkesan untuk dirinya.
Tak sangkal doktor
Dituduh menyangkal doktor berkenaan, Elfira kemudiannya menerangkan dia hanya menjawab balik pertanyaan doktor berkenaan dan bukan menafikannya.
Sumpah pernah cuba
Berkesan dalam jangka masa pendek
Dia macam dalam badan ada kalsium yang tak berkembang
Terang pelakon ini lagi, produk sedemikian membantu ‘mengembangkan’ kalsium dalam badan. Namun jika kalsium sudah ‘besar’ produk berkenaan itu tidak akan membantu.
Sumber: Elfira Loy