berita

Super Junior Kembali Gegar Malaysia Bulan Depan!

October 4th, 2013 | by Ai | 9 comments
11
reads
15
shares
K-POP

Super Junior

Ini ada berita baik untuk semua peminat muzik k-pop, di mana kumpulan yang terkenal menerusi lagu mereka Sorry Sorry dan Mr. Simple, Super Junior atau Suju, difahamkan akan kembali menggegarkan peminat mereka di Malaysia pada penghujung November depan.

Secara umumnya ini bukanlah kali pertama Suju hadir di Malaysia dan untuk makluman, kali terakhir mereka menjejakkan kaki di negara ini adalah menerusi acara penuh berprestij, Golden Disk Awards ke 27 sekitar pertengahan Januari lalu di Litar Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan :

Untuk makluman, konsert Super Junior pada kali ini akan menampilkan sedikit kelainan, di mana mereka akan menggunakan teknologi 3 dimensi (3D) sebagai eleman utama sepanjang konsert berlangsung.

Super Junior

Sebagai rujukan, konsert Super Show 5 ini akan diadakan pada 23 November 2013 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, bermula jam 5.00 petang.

Tiket-tiket akan dijual secara online pada harga RM658, RM558, RM438, RM388 dan RM238. Sebarang maklumat lanjut mengenai penjualan tiket dan informasi mengenai konsert, sila layari laman web rasmi www.starplanet.com.my atau www.ticketcharge.com.my.

9 Comments

  1. Olga says:

    Plastic Alert!

  2. titan says:

    mesti ramai awek-awek suka ni.

  3. K-tut says:

    Kentut

  4. buuu says:

    ni BN bayar ke?

  5. mulut becok says:

    Boley tak kalau ape2 konsert laur jangan libatkan politik ? Fikirlah weh. Kebanyakkan konsert2 mcm nih syarikat besar2 selalu sponser lah woii .. Suka sangat nak salahkan kerajaan.

  6. kirana says:

    dorg ni dtg bkn jemputan la,tp dorgnye world tour…