Jika difikirkan secara lurus, pasti semua akan menyangka untuk melakonkan adegan ranjang dalam sesebuah filem itu adalah satu perkara yang mudah. Lagi-lagi jika seseorang pelakon itu sudah berkahwin.
Namun sebenarnya, bukan mudah untuk melakonkan aksi romantik ataupun ranjang. Itulah yang diakui sendiri oleh Nora Danish yang kita kenali sebagai pelakon yang selalu muncul dengan watak ceria.
“Bukan mudah untuk berlakon adegan romantik dan ranjang tetapi ia banyak dibantu oleh Rusdi yang lebih banyak pengalaman selain kesudiannya memberikan tip supaya tidak kelihatan kekok.”
Diberi peluang untuk berlakon dalam sebuah filem terbaru bertajuk “Mencari Cinta”, Nora Danish membawakan watak sebagai seorang gadis yang terpaksa mengikut arahan bapanya untuk berkahwin dengan seorang pemuda yang dilakonkan oleh Rusdi Ramli.
“Saya lebih dikenali dalam watak sebagai gadis ceria atau pun komedi dan ini adalah kali pertama percubaan saya untuk membawakan watak romantik. Walaupun disangka mudah tetapi secara dasarnya ia sangat sukar dan memerlukan penghayatan yang teliti.”
Bukan senang mahu melihat Nora Danish berlakon watak seperti ini. OHBULAN! pasti Nora mampu memberikan impak kepada penonton selain Rusdi Ramli yang kita semua tahu sangat berpengalaman dalam industri lakonan.
Sumber : mStar Online