berita

Syafie Naswip & Kekasih Rakam Foto Pra Perkahwinan?

August 29th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Syafie Naswip 2

Baru-baru ini, pelakon yang terkenal dengan watak Mukhsin, Syafie Naswip dilihat aktif berkongsi beberapa foto mesranya bersama seorang gadis yang dikenali sebagai Rozalia atau Roza.

Menerusi foto yang dikongsikan itu, Syafie dan Roza kelihatan sangat mesra dan mereka juga dilihat seolah-olah sedang sibuk merakamkan foto pra perkahwinan.

Melihat pada kemesraan yang ditonjolkan oleh mereka, terdapat segelintir peminat berteka teki adakah Roza merupakan kekasih Syafie?

Namun begitu, persoalan tersebut dibiarkan tergantung begitu sahaja dan Syafie juga dilihat lebih selesa mendiamkan diri dan tidak menjawab sebarang pertanyaan yang melibatkan hubungannya dengan gadis itu.

Syafie Naswip

Syafie Naswip 18

Syafie & Roza sewaktu keluar menonton wayang

Setelah diselidik, nampaknya foto yang dirakamkan itu bukanlah foto pra perkahwinan mereka, akan tetapi, ia hanyalah sekadar foto biasa mereka berdua. Yang sebenarnya, Syafie dan Roza hanya mengambil kesempatan bergambar mesra sebegitu ketika menemani pasangan mempelai untuk sesi fotografi yang dikenali sebagai Kak Chik dan Abang Wan.

Tidak dapat dipastikan apakah hubungan Syafie & Roza bersama pasangan pengantin itu, namun jika sudah tiba masa, tak salah kalau Syafie pun percepatkan majlisnya, kan?

Apa pun, untuk semua peminat filem Mukhsin, jom layan beberapa foto mesra Syafie dan Roza selepas ini. Enjoice!


Kredit Foto : Instagram Syafie Naswip

SKIP THIS AD ×