berita

Syamsul Yusof & Ammar Alfian Hampir Bertumbuk Sebelum Berdamai

May 27th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Syamsul Yusof

Menerusi laporan Berita Harian semalam, pelakon, Ammar Alfian dan pengarah, Syamsul Yusof dikatakan hampir bertumbuk sebelum mereka berdamai dalam satu pertemuan di Publika 18 Mei yang lepas.

Pertemuan itu dirancang oleh Syamsul untuk tujuan berdamai dengan Ammar berkenaan isu yang melibatkan cinta tiga penjuru antara dirinya, Ammar dan Puteri Sarah Liyana.

Pada hari kejadian, Ammar dikatakan tidak mampu mengawal sikap panas barannya dan hampir melepaskan tumbukan apabila Syamsul terus-terusan memprovoknya dan tidak mengaku bahawa dia dan Sarah sedang bercinta.

Namun begitu, keadaan yang tegang itu berjaya diredakan oleh sepupu Syamsul dan wartawan hiburan Berita Harian, Zubir Mohd Yunus, yang turut berada di tempat kejadian.

image

Puteri Sarah Liyana

Mereka akhirnya bersepakat untuk berdamai apabila Syamsul menghulurkan tangan untuk bersalaman dan mengaku yang dia dan Sarah sedang berkawan.

Ammar menerima perkara itu dan mengakui silapnya menyerang Syamsul dan Sarah di laman Twitter. Mereka berdua juga bersetuju untuk tidak memanjangkan kontroversi ini.

Dalam laporan itu juga, Ammar mengakui hubungan baiknya dengan bapa Syamsul, Yusof Haslam menyebabkan dia memadamkan kenyataan berkaitan Syamsul di laman Twitternya.

Apabila Syamsul dan Sarah mula menghina saya di Twitter, saya lawan balik, saya pun nak jaga maruah. Sejujurnya, saya amat menghormati Datuk, dia minta saya padam Twitter dituju pada Syamsul, saya padam. Datuk yang beri saya peluang berlakon filem dan drama.

Keratan akhbar

Keratan akhbar Berita Harian

Sebelum ini, Sarah pernah menulis status di Facebook mengatakan dia rindu MSY yang membawa maksud Mohd Syamsul Yusof. Namun kedua-duanya menafikan bahawa mereka sedang bercinta.

Namun selepas pengakuan yang dibuat oleh Syamsul mengenai status hubungannya dengan Sarah, diharap perkara ini selesai memandangkan Ammar sendiri sudah berjumpa pengganti Sarah.

SKIP THIS AD ×