berita

Syamsul Yusof Dakwa Sharifah Amani Kurang Ajar?

October 8th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Fotor01008110443

Di sebalik kejayaan filem KL Gangster 2 mengutip RM3 juta dalam masa lima hari tayangan, nampaknya ada pihak yang terasa hati dan menganggap industri perfileman tempatan berat sebelah.

Artikel berkaitan:

Beberapa hari lepas, Sharifah Amani ada menulis sesuatu di laman Twitter miliknya menunjukkan seolah-olah dia tidak berpuas hati dengan klasifikasi sebuah filem baru dipercayai KL Gangster 2.

Screen Shot 2013-10-08 at 10.38.24

Dalam masa yang sama, Amani meluahkan perasaannya mengenai layanan tidak sama rata yang diterima di dalam industri.

Screen Shot 2013-10-08 at 10.38.34

Malam semalam pula, Syamsul Yusof memberi respon kepada luahan Amani juga di Twitter sambil mengheret nama ibu Amani sekali, Fatimah Abu Bakar.

Screen Shot 2013-10-08 at 10.32.14

Syamsul telah menganggap tindakan Amani yang seakan memerli karyanya di Twitter sebagai kurang ajar dan tidak berbudi bahasa.

Amani bagaimanapun membalas semula kata-kata Syamsul dengan menjelaskan bahawa kemaskininya di Twitter sebelum ini bukan bersikap peribadi dan sempat memohon maaf sekiranya Syamsul tersinggung.

Screen Shot 2013-10-08 at 11.08.05

SKIP THIS AD ×